Subuh
5:29
Syuruk
6:52
Zuhur
12:55
Asar
4:18
Maghrib
6:55
Isyak
8:09
Halal Food Map
Turn on your location  and discover halal restaurants near you.
Setempat0

Filem pendek PUB sempena Hari Raya: ‘Din dan Zul’ akhirnya kembali bersama

Jul 24, 2019 | 06:55 PM

AGENSI air negara, PUB telah menyatukan kembali pasangan adik beradik Din dan Zul yang terpisah dalam filem pendek yang pertama kali disiarkan pada Mei lalu sempena Hari Raya Aidilfitri.

PUB telah memuat naik akhir jalan cerita pendek ‘Kinship’ dalam bentuk rakaman audio selama lima minit bertajuk ‘Dear Din, From Zul’ (Salam Din, Dari Zul).
‘Kinship’, yang bermaksud pertalian, menceritakan kisah dua orang adik-beradik yatim piatu, Din dan Zul, yang dipisahkan pada pagi Hari Raya.

Sambutan yang memberangsangkan membuat PUB mengambil keputusan meminta sumbangan idea daripada orang ramai untuk pengakhiran cerita itu.

Dalam seminggu selepas pelancaran video sebelum Hari Raya, PUB telah menerima 200 cadangan melalui komen di Facebook dan melalui e-mel.

Pada 9 Julai lalu, beberapa pencerita terpilih berkumpul untuk mengembangkan  pengakhiran sesuai buat filem pendek itu berdasarkan jalan cerita yang diberi Cik Noor Arfa.

Adik-beradik itu disatukan kembali dan berbaik semula walaupun ditimpa pelbagai cabaran.

Cerita dengan tajuk ‘Dear Din, From Zul’ itu direkod dengan kesan audio 3D untuk memberi pendengar peluang untuk menjadi sebahagian daripada cerita kedua beradik itu.

Cik Noor Arfa, 22 tahun, yang idea jalan cerita nya dipilih, berkata: 
“Saya seronok dapat menyumbang sebahagian daripada proses kreatif ini. Baru sekarang saya sedar bahawa ia amat sukar untuk menghasilkan sebuah filem pendek kerana pelbagai jalan cerita perlu dinilai sebelum yang akhir ditetapkan.

Cerita audio keluaran PUB itu telah dilancarkan dan akan dimuatkan di Facebook dan YouTube PUB.

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian