Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Filipina perketat bekalan pembantu rumah ke Singapura

Dec 30, 2015 | 09:43 AM



KEDUTAAN Filipina telah memperketat sekatan bagi rakyatnya datang ke Singapura untuk bekerja sebagai pembantu rumah, satu langkah yang menurut ejen mungkin memanjangkan masa menunggu bagi keluarga mendapatkan pembantu rumah baru.


Sejak bulan lalu, kedutaan itu memproses hanya lima kontrak pekerjaan bagi sesebuah agensi pekerjaan setiap minggu, menurut presiden Persatuan Agensi Pekerjaan (Singapura), Cik K. Jayaprema, lapor akhbar The Straits Times pada Rabu (30 Dis).


Beberapa bulan sebelum ini, ia mengurangkan kepada separuh jumlah pesanan kerja yang diperuntuk kepada setiap agensi pekerjaan, daripada kira-kira 50 kepada hanya 25.


Pesanan kerja ialah jumlah pekerja yang boleh direkrut sesebuah agensi pada satu-satu masa. Apabila pesanan kerja itu habis, mereka perlu memohon pesanan baru, yang boleh mengambil masa satu hingga dua bulan untuk diluluskan.


Kementerian Tenaga Manusia (MOM), bagaimanapun, berkata ia tidak dimaklumkan mengenai sebarang peraturan baru berkaitan kuota pembantu rumah asing Filipina, atau had bagi bilangan dokumen yang diproses oleh Kedutaan Filipina.


Dilaporkan awal tahun ini bahawa kedutaan itu merancang mengurangkan jumlah pembantu rumah Filipina di sini sebanyak 20 peratus dalam tempoh dua tahun.


Terdapat kira-kira 70,000 pembantu rumah Filipina di Singapura, daripada kira-kira 227,100 pembantu rumah.


Agensi pekerjaan berkata kuota itu akan memanjangkan masa menunggu, yang kini sudah pun selama kira-kira tiga bulan, bagi keluarga mendapatkan pembantu rumah baru, lapor akhbar itu, yang menukil beberapa agensi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >