Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Firefly gantung penerbangan ke Singapura hingga pengesahan diberi

Nov 24, 2018 | 03:29 PM



PUNCA syarikat penerbangan Malaysia, Firefly menghentikan semua penerbangan ke Singapura didedahkan hari ini, dua hari selepas ia membuat pengumuman mengejut itu. 



Menurut kenyataan Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS), syarikat tersebut belum mendapat pengesahan dari pengawal selianya, Penguasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) untuk berpindah dari lapangan terbang Changi ke Seletar. 



Firefly- anak syarikat Malaysia Airlines- telah bersetuju pada 2014 bahawa ia akan memindahkan semua operasi ke terminal penumpang baru yang akan dibina di Seletar untuk mengendalikan penerbangan ‘turbopop’- sejenis pesawat dengan enjin yang serupa dengan enjin turbojet kecuali mempunyai turbin kuasa yang digunakan untuk memacu kipas.  



Pada Julai 2018, pemindahan itu ditetapkan pada 1 Disember. 



Menyentuh tentang perkembangan terkini, CAAS berkata bahawa ia kini menunggu penjelasan dari CAAM mengenai keprihatinannya. 



“CAAS telah meminta CAAM untuk memberitahu kami tentang keprihatinan spesifik yang menjejas operasi Firefly ke lapangan terang Seletar.



“Singapura menunggu penjelasan dari pihak Malaysia supaya kededua pihak boleh berbincang secara konstruktif,” menurut seorang jurucakap CAAS.  

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >