Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Firma akan dibantu hadapi kesan kenaikan pendapatan pekerja gaji rendah: Lawrence Wong

Sep 04, 2021 | 05:30 AM



PEMERINTAH akan mengusahakan pakej sokongan peralihan bagi perniagaan untuk membantu mengurangkan kesan kenaikan pendapatan pekerja gaji rendah ke atas kos perniagaan, kata Menteri Kewangan Lawrence Wong.



Butirannya masih diperincikan dan akan diumum apabila sudah sedia, kata beliau dalam satu temu bual bersama The Straits Times dalam rancangan The Big Story semalam.



Encik Wong berkata pemerintah, perniagaan, malah semua warga Singapura memainkan peranan dalam menyumbang kepada usaha memastikan pekerja bergaji rendah dapat berkongsi hasil kemajuan Singapura dan berada dalam kedudukan lebih baik dalam kehidupan.



Justeru, perniagaan perlu membuat penyesuaian dengan membayar pekerja bergaji rendah mereka lebih tinggi, dan pemerintah akan membantu dalam proses ini, katanya.



Pemerintah, menurutnya, sudah merancang melakukan demikian dengan meluaskan skim Daya Kerja (Workfare) untuk menambah secara langsung kepada pendapatan pekerja.



"Pada masa sama, kita semua sebagai pengguna, pada dasarnya, kita perlu memainkan peranan kita dan menyumbang.



"Jadi apabila kita keluar membeli sesuatu, di mana sahaja, ia mungkin lebih mahal sedikit dan kita mungkin perlu membayar lebih sedikit, tetapi itu akan membantu memberi manfaat kepada gaji pekerja bergaji rendah kita secara langsung," ujar Encik Wong



Di Rapat Hari Kebangsaan Ahad lalu, Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengumumkan lebih banyak sokongan bagi pekerja bergaji rendah, termasuk meluaskan Gaji Progresif kepada lebih banyak pekerja, memperluas skim Gaji Kelayakan Setempat, dan memperkenal satu skim pengiktirafan untuk menggalak majikan membayar gaji progresif.



Semalam, Encik Wong berkata banyak usaha telah dilakukan sepanjang tahun-tahun lalu, seperti menetapkan Model Gaji Progresif dan Daya Kerja merentas pelbagai sektor.



Justeru, langkah terkini akan memperluas pendekatan gaji progresif kepada kebanyakan pekerja bergaji rendah.



Dalam dua tahun, Encik Wong berkata Singapura akan melaksana pengembangan pendekatan tersebut.



"...Kita mahu lihat tahun demi tahun kenaikan gaji cukup besar bagi pekerja bergaji rendah kita, dan kenaikan ini patut sejajar dengan peningkatan kemahiran dan produktiviti.



"Jadi kita juga sedang melabur dalam ruang ini, dan itu semua mengambil masa.



"Tetapi kita akan sampai di sana dan akan lihat dari masa ke masa jurang pendapatan terus berkurangan dan menjadi lebih dekat kepada ideal kita untuk menjadi masyarakat adil dan saksama," tambahnya.



Bagaimanapun, Encik Wong berkata nilai pekerjaan tidak boleh diukur hanya menerusi pendapatan.



Memberi contoh pekerja barisan depan dan pekerja penting, beliau berkata mereka penting dalam membantu Singapura kekal selamat dan melawan virus Covid-19.



"Jadi saya harap langkah yang kita sedang ambil bukan membawa kepada penutupan jurang pendapatan sahaja, bahkan perubahan dalam cara pemikiran kita, bahawa kita benar-benar menghargai setiap individu bagi sumbangan mereka dan nilai mereka, tidak kira pekerjaan yang dilakukan mereka," ujar Encik Wong.



Dalam wawancara itu, beliau turut menyentuh tentang kepentingan isu perubahan iklim dan langkah Singapura melancar Pelan Hijau Singapura bagi menuju pembangunan mampan.



Menurut Encik Wong, pemerintah juga sedang menyemak tahap dan trajektori cukai karbon negara ini, dan akan mengumumkannya dalam Belanjawan akan datang.




"Jadi saya harap langkah yang kita sedang ambil bukan membawa kepada penutupan jurang pendapatan sahaja, bahkan perubahan dalam cara pemikiran kita, bahawa kita benar-benar menghargai setiap individu bagi sumbangan mereka dan nilai mereka, tidak kira pekerjaan yang dilakukan mereka."
- Menteri Kewangan Lawrence Wong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >