Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:31
Maghrib
7:20
Isyak
8:30
Penyenggaraan yang dijadualkan: Kami sedang mempertingkat sistem mySPH untuk memberi anda khidmat log masuk lebih lancar. Sebahagian akses bagi log masuk ke mySPH akan terjejas dari 02 / Mar / 21 12:30 PG hingga 02 / Mar / 21 06:00 PG. Anda perlu log masuk semula selepas tempoh penyenggaraan ini. Untuk mendapatkan bantuan, sila tinggalkan butiran hubungan anda di sini dan kami akan hubungi anda. Terima kasih.
Setempat0

Firma bantu ibu kurang bernasib baik keluar bekerja diiktiraf

Jul 09, 2019 | 05:30 AM

SEJUMLAH syarikat, seperti rangkaian tajaka dan tadika Busy Bees Asia dan peruncit kecantikan Sephora antara majikan yang menerima pengiktirafan kerana menyokong golongan ibu kurang bernasib baik keluar bekerja.

Pertubuhan amal Daughters of Tomorrow (DOT) memberikan anugerah kepada syarikat tersebut, yang melaksanakan pelbagai skim agar golongan ibu keluarga kurang bernasib baik mampu berdikari daripada segi kewangan. Ini tahun kedua badan amal itu memberi anugerah tersebut.

Bertemakan cogan kata Membolehkan Ibu Bekerja - Meraikan Juara, enam majikan menerima anugerah mereka daripada Cik Low Yen Ling, Setiausaha Parlimen Kanan (Pendidikan merangkap Tenaga Manusia) baru-baru ini.

Dalam pada itu, Busy Bees pun menerima piala Majikan Paling Responsif.

"Mereka terbuka dan sanggup mengongsi maklumat agar dapat mencari huraian bersama.

Berita Popular

"Jabatan sumber manusia (HR) amat aktif dalam proses mendapatkan wanita ini supaya bekerja dan pantas memberitahu penyelia mengenai apa jua maklumat relevan agar wanita itu dapat dibantu,'' kata DOT menerusi kenyataannya.

Busy Bees memiliki jenama tajaka dan tadika seperti Learning Vision dan Pat's Schoolhouse.

Mengulas di Facebook, Busy Bees Asia berkata:

"Kami yakin mahu memberi peluang kepada semua dan memperkasa mereka dan orang tersayang."

Ketua Program DOT, Cik Fannie Lim, berkata syarikat tersebut berani melaksanakan amalan HR inovatif.

Syarikat lain yang diberi pengiktirafan termasuk NannyPro, The Coconut Club, The Lions Befrienders dan Vanguard Healthcare.

Dibentuk Ogos 2014, DOT mahu melengkapi dan menyokong agensi berkaitan tenaga kerja dan latihan, dengan menghubungkan mereka kepada relawan dan sumber demi membantu wanita susah.

Wanita yang dibantu berusia 20 hingga 60 tahun dan mempunyai pendapatan $200 hingga $500 per kapita sebulan.

Kebanyakan tinggal di flat sewa dan menghadapi pelbagai tekanan.

Sejak dibentuk, DOT sudah membantu lebih 100 wanita.

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map