STRUKTUR RUNTUH DEKAT PIE

Firma binaan baru didenda bagi kesalahan keselamatan pada 2015

SYARIKAT binaan yang terbabit dalam kejadian struktur runtuh dekat Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) semalam - yang mengorbankan seorang pekerja dan mencederakan 10 yang lain - telah didenda awal minggu ini bagi satu lagi kemalangan di sebuah tapak binaan yang lain.

Dalam kejadian pada 22 September 2015 itu, seorang pekerja terkorban manakala tiga lagi cedera selepas mereka jatuh dari ketinggian 6.4 meter apabila platform tempat mereka berdiri runtuh.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan