Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Firma binaan didakwa bagi kerja tidak sah dipercayai punca banjir

Nov 11, 2021 | 05:30 AM



FIRMA pembinaan Samwoh Corp didakwa di mahkamah daerah kelmarin bagi kerja tidak sah yang dipercayai mengakibatkan banjir di Pasir Ris pada 20 Ogos lalu.



Sebuah longkang, yang dipercayai telah diubahsuai oleh firma itu, dikatakan menjadi salah satu punca air bah hingga paras lutut di bahagian 200 meter di persimpangan trafik Tampines Avenue 10 dan Pasir Ris Drive 12.



Longkang itu terletak di sepanjang Tampines Avenue 10, antara Tampines Industrial Avenue 5 dan Tampines Link.



Sebanyak 13 kenderaan telah sebahagiannya ditenggelami air dan beberapa pemandu memerlukan bantuan untuk keluar dari kenderaan mereka. Sekurang-kurangnya seorang telah dibawa ke hospital.



Kejadian itu juga menyebabkan kesesakan lalu lintas selama dua jam.



Selepas kejadian itu, agensi air negara PUB berkata persimpangan itu tidak biasanya mengalami banjir.



Tetapi banjir pada 20 Ogos berterusan selama hampir dua jam manakala kebanyakan banjir kilat di Singapura akan surut dalam masa kira-kira 30 minit.



Samwoh didakwa telah meniadakan longkang sedia ada selebar 1.8 meter dan sedalam 4 meter dan menggantikannya dengan longkang yang baru dengan lebar yang sama tetapi lebih cetek pada 3 meter, lapor The Straits Times.



Firma itu juga didakwa menyebabkan halangan kepada aliran sistem saliran air ribut dengan mendirikan perancah untuk membina longkang baru.



Firma itu didakwa masih meletakkan perancah di dalam longkang selepas pembinaannya siap, kata mahkamah.



Denda maksimum bagi setiap kesalahan ialah $20,000.



Menurut dokumen mahkamah, Samwoh juga telah menjalankan kerja-kerja "yang menjejaskan atau berkemungkinan menjejaskan" sistem saliran air ribut "secara langsung atau tidak langsung" dengan membina dua lobang longkang untuk menyalurkan air dari longkang baru ke longkang sedia ada.



Satu lobang dikatakan lebih kecil daripada sepatutnya manakala satu lagi dikatakan dalam pembinaan.



Jika disabitkan kesalahan itu, Samwoh boleh didenda hingga $50,000.



Kes telah ditangguhkan kepada 30 November.



Dalam kenyataannya sebelum ini, PUB berkata sistem parit di kawasan itu "lebih daripada mencukupi untuk menampung hujan lebat" pada hari itu.



Air dari kawasan itu disalurkan ke Sungei Api Api, sebuah terusan kira-kira 1 kilometer dari persimpangan yang banjir itu, dan alat sensor menunjukkan bahawa ia hanya sekitar 50 peratus penuh pada 20 Ogos.



Hujan waktu itu juga hampir sama lebatnya dengan hujan pada 5 April tahun ini dan 22 November tahun lalu.



Tiada banjir diperhatikan pada tarikh tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >