Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Firma binaan Greatearth hutang $70 juta kepada beratus syarikat

Sep 29, 2021 | 05:30 AM



FIRMA binaan Greatearth Construction dilapor berhutang sekurang-kurangnya $70 juta kepada beberapa ratus pemiutang dan bersama dengan syarikat Greatearth Corporation telah menghentikan operasi tengah hari kelmarin kerana tidak boleh melakukan operasi ekoran menanggung hutang itu.



Jumlah hutang mencecah $70 juta itu tidak termasuk hutang lain yang bakal dikenakan daripada beberapa projek binaan yang tidak boleh diselesaikan Greatearth.



Ini termasuk dua projek pembinaan umum serta lima projek perumahan Bina Ikut Tempahan (BTO) yang merangkumi sejumlah 2,982 unit, lapor akhbar The Straits Times (ST).



Syarikat Greatearth Corporation dan Greatearth Construction merupakan kontraktor utama bagi projek Sky Vista @ Bukit Batok, Senja Heights dan Senja Ridges di Bukit Panjang, Marsiling Grove di Woodlands dan West Coast Parkview di Clementi.



Kerja binaan di lima projek tersebut dihentikan bulan lalu selepas Greatearth beritahu Lembaga Pembangunan dan Perumahan (HDB) bahawa ia tidak boleh menyelesaikan projek berkenaan meskipun ia menerima bantuan oleh pemerintah.



Dua lagi projek binaan umum bakal dihentikan juga, lapor ST.



Awal bulan ini, prosiding bagi Greatearth Corporation, Greatearth Construction dan tiga lagi syarikat berkaitan untuk menghentikan operasi telah dimulakan.



Beberapa kontraktor lain bakal menghadapi kerugian besar atas hutang yang masih belum dibayar Greatearth sementara lebih 2,900 pembeli rumah bakal menghadapi tempoh penangguhan lebih lama.



Difahamkan, usaha rundingan sedang dijalankan agar projek-projek yang belum selesai itu boleh dinovasikan daripada ditamatkan sepenuhnya. Novasi bermakna kontraktor lain akan mengganti Greatearth untuk menyelesaikan projek berkenaan.



Ini supaya projek dapat diselesaikan dan tempoh penangguhan dapat dikurangkan.



Kelmarin, selepas pemegang saham Greatearth Corporation dan Greatearth Corporation meluluskan resolusi untuk menghentikan kedua-dua syarikat, para pemiutang telah diberi perincian termasuk penyata hal ehwal firma tersebut yang menunjukkan aset dan hutang mereka.



Encik Chan Kheng Tek dan Encik Sam Kok Weng daripada firma PricewaterhouseCoopers Advisory Services, yang dilantik kedua-dua syarikat sebagai penyelesai hutang-piutang sementara pada 31 Ogos lalu telah diberi pengesahan daripada pemiutang untuk bertindak sebagai penyelesai hutang-piutang sementara syarikat-syarikat itu.



Pemiutang akan dibayar menerusi aset firma tersebut.



Hampir 100 pihak telah menghadiri mesyuarat pemiutang bagi Greatearth Construction.



Antara isu-isu yang diutarakan adalah bila mereka boleh dibayar, status projek yang belum selesai dan pemulihan bayaran serta hutang peminjaman.



"Pada peringkat awal, kemungkinan (syarikat itu) untuk pulih agak rendah," kata salah satu sumber kepada ST.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >