Subuh
5:52
Syuruk
7:08
Zuhur
1:13
Asar
4:12
Maghrib
7:16
Isyak
8:24

Firma bioperubatan di SG kumpul dana tertinggi AS$600 juta

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Firma bioperubatan di SG kumpul dana tertinggi AS$600 juta

Dec 20, 2021 | 05:30 AM

SYARIKAT bioperubatan di Singapura telah mengumpul jumlah pembiayaan yang tertinggi sejauh ini, dengan lebih AS$600 juta (S$820 juta) dikumpul dari Januari hingga September tahun ini, menurut angka terbaru Enterprise Singapore (ESG).

Bahagian terbesar pelaburan ini diperolehi oleh beberapa syarikat Singapura yang paling berpotensi, termasuk firma bioteknologi Mirxes; Esco Lifesciences, yang membekalkan peralatan sains hayat kepada industri penjagaan kesihatan; serta syarikat permulaan teknologi kesihatan, Doctor Anywhere.

Cik Audrey Lok, pengarah kesihatan dan bioperubatan di ESG, berkata dana yang diperoleh telah meningkat lebih lima kali ganda kepada AS$464 juta pada 2020, daripada kira-kira AS$86 juta pada 2016.

"Kejayaan ini boleh dikaitkan dengan ekosistem kami yang semakin matang serta keupayaan kami untuk menarik pemacu (accelerator) berpengalaman dan firma modal usaha niaga ke Singapura, dan menghubungkan syarikat tempatan kepada nadi inovasi di seluruh dunia," katanya.

ESG menyokong perusahaan kecil dan sederhana di Singapura. Ia mengeluarkan angkanya awal bulan ini.

Cik Lok berkata ekosistem inovasi bioperubatan di sini telah berkembang hampir enam kali ganda sepanjang dekad yang lalu, dengan lebih 360 syarikat permulaan bioperubatan dan perusahaan kecil dan sederhana setakat ini.

"Ini sebahagiannya dipercepatkan oleh peningkatan permintaan untuk huraian bioperubatan semasa pandemik," tambahnya.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3