Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Firma boleh terima hingga $30,000 bagi setiap pekerja baru setempat yang diambil bekerja: MOM/Iras

Sep 04, 2020 | 05:50 PM



FIRMA yang mengambil lebih ramai pekerja setempat dalam enam bulan mendatang boleh memperolehi sehingga $15,000 bagi setiap pekerja di bawah 40 tahun dan sehingga $30,000 bagi pekerja lebih berusia di bawah skim baru, Insentif Pertumbuhan Pekerjaan bernilai $1 bilion.



Menjelaskan demikian dalam satu kenyataan bersama pada Jumaat (4 September), Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dan Penguasa Hasil Mahsul Singapura (Iras) menjelaskan peruntukan tersebut akan dibuat dalam tempoh 12 bulan bermula Mac tahun depan dan akan disertakan secara automatik berdasarkan sumbangan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) firma berkenaan.



Bagi 12 bulan pertama, pemerintah akan menyalurkan secara bersama 25 peratus daripada pendapatan bulanan kasar bagi setiap pekerja tempatan baru berusia di bawah 40 tahun yang digajikan. Ini akan bertambah seganda kepada 50 peratus bagi pekerja berusia 40 tahun ke atas.



Skim ini pertama kali diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat, bagi merancakkan usaha menggajikan pekerja setempat dalam sektor yang pesat pertumbuhannya selain pengumuman subsidi pendapatan di bawah Skim Bantuan Pekerjaan, yang akan meliputi pendapatan yang dibayar sehingga Mac tahun depan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >