Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Firma digesa latih pekerja hadapi masa depan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

LAWATAN PM LEE KE AUSTRALIA

Firma digesa latih pekerja hadapi masa depan

Mar 17, 2018 | 05:30 AM

KETUA Pegawai Eksekutif Temasek Holdings Ho Ching dan Pesuruhjaya Greater Sydney Lucy Turnbull telah menggesa perniagaan supaya melatih pekerja bagi menghadapi masa depan, menggalak kesamaan jantina dan menerima kemampanan.

Mereka berkata demikian di permulaan sidang perniagaan Asean-Australia semalam.

Dua usahawan wanita itu bercakap sebagai pengacara bersama sarapan Wanita dalam Perniagaan, yang diadakan di luar Sidang Khas Asean-Australia.

Cik Ho berada di Sydney bersama suami Perdana Menteri Lee Hsien Loong, yang akan menghadiri Sidang Pemimpin Singapura-Australia ketiga dan Sidang Khas Asean-Australia.

Menurut laporan The Straits Times, Cik Ho berkata perniagaan mempunyai peranan memastikan kesejahteraan masyarakat di mana sahaja mereka beroperasi. Tambahnya, perniagaan sukar maju jika masyarakat itu gagal.

"Justeru, perniagaan mesti memainkan peranan sebagai pengelola masyarakat, demi kebaikan bersama, di samping pemerintah dan masyarakat sivik," ujar Cik Ho.

Ini bermakna, di samping memberi tumpuan pada pulangan, perniagaan seharusnya menyumbang kepada usaha mewujudkan masyarakat adil, saksama dan mampan serta melatih penduduk menghadapi masa depan.

"Perniagaan juga berada di barisan depan perubahan teknologi. Dalam era gangguan sekarang, adalah menjadi tanggungjawab bersama antara perniagaan, pemerintah dan gerakan buruh menolong meningkatkan kemahiran dan menjalankan latihan semula buat tenaga kerja masa depan," kata Cik Ho.

Kenyataannya menyokong komen Cik Turnbull, yang menjelaskan peri pentingnya melengkapi wanita dan anak perempuan dengan kemahiran teknologi.

Cik Turnbull, isteri Perdana Menteri Australia Malcolm Turnbull, berkata menjelang 2030, diramal pekerja akan meluangkan 77 peratus lebih banyak masa menggunakan kemahiran sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (Stem), tidak kira pekerjaannya.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3