Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Firma dinasihati semak pelan kesinambungan perniagaan

Nasihat rakan tiga pihak sedang kes Omicron naik
Feb 05, 2022 | 05:30 AM



MAJIKAN dinasihati menyemak pelan kesinambungan perniagaan mereka untuk menangani isu kekurangan tenaga kerja jangka pendek di tengah-tengah kenaikan dalam kes koronavirus varian Omicron.



Ini termasuk melakukan ujian secara kerap bagi kakitangan yang bekerja di tempat kerja, dan mengerahkan kakitangan yang melakukan fungsi perniagaan penting ke dalam kumpulan berasingan untuk mengurangkan risiko gangguan operasi.



Antara lain, syarikat harus membangunkan dasar syarikat mengenai aturan cuti dan gaji jika operasi diberhentikan buat sementara waktu disebabkan ketidakhadiran kakitangan yang melakukan fungsi penting.



Rakan tiga pihak merangkumi Kementerian Tenaga Manusia (MOM), Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura (SNEF), dan Kementerian Kesihatan (MOH) memberi saranan itu dalam satu nasihat bersama semalam.



Nasihat itu bertujuan memberi majikan bimbingan lanjut dalam perancangan dan respons terhadap tahap tinggi ketidakhadiran tenaga kerja yang boleh berlaku, sedang Singapura mula menyaksikan kenaikan jumlah kes jangkitan dengan varian Omicron yang lebih mudah berjangkit.



Negara ini mencatat 4,297 kes Covid-19 baru pada tengah hari kelmarin, menurut perangkaan dalam laman MOH.



Nasihat itu berkata seperti dilihat di negara lain yang telah mengalami gelombang Omicron, ketidakhadiran kakitangan disebabkan jangkitan Covid-19 boleh amat menjejas operasi perniagaan.



"Oleh itu, Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) menyeru majikan, khususnya mereka yang menyediakan khidmat penting, untuk mempersiapkan dan bersedia melaksana pelan kesinambungan perniagaan mereka, mematuhi SMM dengan ketat dan menggalak kakitangan melakukan ujian sendiri dengan kerap, untuk memperlahankan penularan dan mengurangkan gangguan perniagaan," kata nasihat itu.



Langkah lain yang disarankan ialah majikan menimbangkan menyemak pelan kesinambungan perniagaan mereka, termasuk menyediakan rancangan komunikasi kepada pengguna atau pembeli jika berlaku kelewatan penyampaian perkhidmatan.



Rakan tiga pihak menggesa kedua-duanya, majikan dan kakitangan, terus bekerjasama sedang negara ini menangani tempoh kes harian yang meningkat sekarang.



"Dalam sesetengah kes, ini mungkin bermakna beberapa kakitangan akan diminta menambahkan waktu kerja mereka untuk menggantikan rakan kerja mereka yang tidak hadir.



"Kakitangan harus menyokong majikan mereka dalam waktu mencabar ini demi memastikan kesinambungan perniagaan; dan majikan juga harus menunjukkan sikap ambil berat dan prihatin bagi kesihatan dan keselamatan kakitangan mereka, mengiktiraf pengorbanan dan sumbangan mereka, dan memberi ganjaran sewajarnya," kata nasihat itu.



Nasihat itu juga menyeru orang awam supaya bersabar jika kelewatan tidak dapat dielak berlaku disebabkan kekurangan kakitangan buat sementara waktu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >