Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Firma ekuiti privet sejagat beli 2 firma penyedia teknologi migrasi 'cloud'

Dec 10, 2020 | 05:30 AM



.sg



SEBUAH firma ekuiti privet antarabangsa dari Amerika Syarikat, I Squared Capital, telah membeli dua firma penyedia teknologi migrasi perawanan 'cloud', InfoFabrica dan Cloud Kinetics, dalam satu pembelian bernilai jutaan dolar.



InfoFabrica, yang dibentuk sejak 2013, dipengerusikan oleh usahawan yang juga Timbalan Presiden Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS), Encik Abu Bakar Mohd Nor.



Dengan gabungan kepakaran itu, syarikat-syarikat itu dapat menyediakan khidmat terurus bagi pasaran Asia Tenggara dan India.



Bercakap kepada Berita Harian (BH) semalam, Encik Abu Bakar berkata teknologi 'cloud' merupakan satu bidang penting yang membolehkan perniagaan mengubah perniagaan mereka ke arah pendigitalan.



"InfoFabrica mempunyai pencapaian yang kukuh di Singapura, Indonesia dan Vietnam, sementara bagi Cloud Kinetics, ia mempunyai kedudukan yang kukuh di India, Thailand dan Singapura. Disebabkan ini, kita boleh saling melengkapi antara satu sama lain dari segi pendekatan pasaran dan sebagai pembekal huraian 'cloud' dari awal hingga akhir," kata Encik Abu Bakar yang juga dilantik sebagai pengerusi entiti yang sudah bergabung itu.



Beliau merupakan penerima Anugerah Jauhari BH 2017 dan mantan pengarah urusan (Gas dan Kapal Khas) Keppel Offshore & Marine. Selain menyandang jawatan sebagai Timbalan Presiden DPPMS, beliau juga Pengerusi Panel Penasihat Wakaf Masyarakat Singapura (WMS).



Firma I Squared Capital, yang mempunyai ibu pejabat di Miami, Florida, merupakan firma pengurus pelaburan prasarana yang menumpukan kepada sektor perbekalan, telekom dan pengangkutan di Eropah, Amerika Utara dan beberapa ekonomi yang mencatatkan pertumbuhan tinggi. Syarikat itu mempunyai antara lain pejabat di London, New York, Singapura, Hong Kong.



Melalui Dana Prasarana Global ISQ II, pembelian dua syarikat itu akan memanfaatkan permintaan pelanggan yang meningkat bagi khidmat migrasi 'cloud' dan khidmat tersusun di rantau ini, disokong dengan keupayaan dalam Amazon Web Services (AWS), Microsoft dan Google Cloud.



Pelaburan itu akan membentuk sebahagian wadah Prasarana Digital Asia baru, yang direka untuk membolehkan syarikat prasarana digital I Squared Capital menawarkan huraian berasaskan 'cloud' secara menyeluruh.



Wadah itu akan menempatkan lebih 300 karyawan yang mempunyai kepakaran mendalam dan pensijilan dalam prasarana 'cloud', data dan analitik, serta pengurusan 'cloud'.



Wadah itu diasaskan bersama oleh Encik Saleh M Munshi yang akan memimpin perniagaan bersama itu sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kumpulan InfoFabrica dan Cloud Kinetics.



Rakan Kongsi Urusan I Squared Capital, Encik Gautam Bhandari, berkata masa hadapan data dan perkomputeran akan didorong oleh penggunaan korporat dalam huraian 'cloud' hibrid dan menyediakan khidmat menyeluruh memanfaatkan pengguna di rantau ini.



InfoFabrica diasaskan oleh Encik Wen Chi Li sebagai pengasas dan pengarah, dan syarikat itu telah menyediakan khidmat membantu pelanggan dalam projek hibrid 'cloud'.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >