PEMERINTAH akan memantau syarikat-syarikat yang kurang mengambil ramai pekerja Singapura dan menangani suasana itu, menurut Menteri Tenaga Manusia, Encik Lim Swee Say.
Semasa menjawab soalan keperluan memperketatkan lagi Pas Pekerja (EP) dan skim Laman Pemadanan Pekerja (Jobs Bank) di Parlimen semalam, Encik Lim berkata pemerintah akan senantiasa memastikan bahawa rakyat Singapura kekal menjadi tenaga kerja teras dalam syarikat-syarikat di sini.