Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Firma harus sokong kakitangan yang perlukan pekerjaan kedua akibat Covid-19: NWC

Mar 30, 2020 | 03:01 PM



MAJIKAN harus menyokong kakitangan tempatan yang mahu melakukan pekerjaan kedua bagi menambah pendapatan jika mereka terjejas oleh langkah-langkah seperti pengurangan waktu kerja atau pemberhentian sementara akibat pandemik Covid-19, kata majlis tiga pihak.



Pekerja sedemikian boleh mencari pekerjaan sambilan atau sementara dengan syarikat lain, kata Majlis Gaji Kebangsaan (NWC) ketika mengeluarkan garis panduan tahunannya pada Isnin (30 Mac).



Ia juga memberi saranan mengenai pertimbangan utama yang majikan perlu lakukan sekiranya mereka terpaksa memotong gaji untuk menyelamatkan pekerjaan.



Tetapi ia menekankan bahawa majikan yang terjejas oleh wabak koronavirus harus terlebih dahulu mengurangkan kos bukan gaji dan memanfaatkan sokongan pemerintah, sambil melaksanakan transformasi perniagaan dan tenaga kerja.



Pemberhentian kerja harus menjadi langkah terakhir, dan majikan yang berbuat demikian harus memastikan mereka menjalankannya secara bertanggungjawab dan mengikut nasihat tiga pihak yang dikemas kini awal bulan ini, kata majlis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >