SAYAP pengiklanan luaran Singapore Press Holdings (SPH) iaitu SPHMBO telah memeterai kerjasama dengan One Raffles Place untuk memasang skrin LED mega baru berukuran 100 meter persegi di hadapan bangunan komersial bersepadu itu.
Sebagai peneraju dalam pengiklanan luar rumah (OOH) berformat besar di pusat bandar raya, SPHMBO mempunyai portfolio kawasan yang menyasarkan golongan profesional, pengurus, eksekutif dan peniaga (PMEB).