Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Firma Indonesia rancang tubuh 3 ladang di Bintan, bekal ayam hidup ke S'pura

Jul 30, 2022 | 05:30 AM



SEBUAH syarikat pertanian makanan Indonesia merancang untuk menubuhkan tiga ladang baru di Bintan tahun ini, untuk membekalkan ayam hidup ke Singapura.



Japfa Comfeed Indonesia (JCI) menjangkakan akan membekalkan ayam hidup ke Singapura menerusi laut menjelang akhir tahun ini, menurut dua sumber yang memberitahu akhbar The Straits Times.



JCI, anak syarikat Indojaya Agrinusa, mengendalikan tempat penetasan di Bintan yang menyediakan anak ayam berusia sehari ke wilayah Kepulauan Riau, mungkin memulakan operasi bagi ladang pertamanya seawal September, kata satu sumber.



Setiap dari tiga ladang itu, yang akan terletak di lokasi berbeza, akan menempatkan 150,000 ayam, tambah sumber tersebut.



Satu lagi sumber berkata setiap ladang mesti mempunyai sekurang-kurangnya 100,000 ayam - "angka minimal apabila kita membicarakan mengenai kebolehlaksanaan."



Menghantar ayam hidup menerusi laut adalah lebih mahal berbanding menerusi darat dari Malaysia, tetapi salah satu daripada sumber itu berkata:



"Harga ayam itu kemungkinannya kekal berdaya saing di Singapura."



Membawa ayam hidup menerusi laut mendatangkan risiko lebih besar berbanding darat, dan ini termasuk penurunan berat badan dan kematian, kata pakar.



Menghantar dari ladang di Bintan yang berdekatan menerusi feri akan mengurangkan risiko ini. Salah satu daripada sumber itu berkata ia boleh mengambil masa sehingga enam jam untuk membawa ayam dari Bintan ke Singapura.



JCI, menerusi anak syarikatnya, Ciomas Adisatwa, bakal menghantar ayam beku dari Semarang, Jawa Tengah, ke negara ini, setelah menerima kelulusan dari Agensi Makanan Singapura (SFA) baru-baru ini.



Ciomas Adisatwa, yang mengeksport ayam dan produknya ke Jepun, Timor Leste dan Papua New Guinea, menyasarkan menghantar 100 tan ayam beku dalam tempoh bulan pertama penghantaran yang dilakukan, kata pengarahnya, Encik Tommy Kuncoro, kepada ST sebelum ini.



JCI merupakan subsidiari syarikat pertanian makanan berpangkalan di Singapura Japfa, yang perniagaannya pelbagai termasuk pengeluaran makanan haiwan kepada pembuatan barangan pengguna.



Ia beroperasi di beberapa negara Asia, termasuk Vietnam, China dan India.



JCI akan menjadi syarikat Indonesia kedua yang menjual ayam beku ke Singapura.



Syarikat pertama, Charoen Pokphand Indonesia, melakukan penghantaran pertamanya sebanyak 50 tan, yang tiba di Singapura pada 17 Julai lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >