Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Firma induk Encik Tan di Orchard didenda $4,000 kerana langgar perintah kawalan Covid-19

Jan 12, 2022 | 05:30 AM



SYARIKAT induk cawangan makanan Encik Tan di kawasan Orchard Road didenda $4,000 semalam kerana gagal memastikan kerusi pelanggan dijarakkan sekurang-kurangnya 1 meter dari meja yang lain.



Syarikat Fei Siong Food Management telah didenda selepas seorang wakil mengaku bersalah atas satu tuduhan melanggar perintah kawalan Covid-19.



Fei Siong yang mempunyai lebih 150 cawangan di serata negara, diberikan lapan denda di luar mahkamah (composition fine) kerana melanggar perintah kawalan di cawangannya yang lain.



Mahkamah diberitahu bahawa pegawai penguatkuasaan Lembaga Pelancongan Singapura telah ke cawangan Encik Tan di 313 Somerset sekitar 7.50 malam pada 14 Mei tahun lalu.



Para pegawai memantau kawasan itu sekitar lima minit sebelum mengukur jarak di antara kerusi beberapa pelanggan.



Semasa lima minit itu, tiada usaha daripada pihak pengurusan memeriksa keperluan jarak 1 meter, kata pihak pendakwa.



Pemeriksaan pegawai penguatkuasaan mendedahkan bahawa terdapat tiga contoh bahagian belakang kerusi sekurang-kurangnya tidak berada 1 meter dari kerusi di meja lain.



Sebaliknya, jaraknya 44 sentimeter, 79 sentimeter dan 88 sentimeter.



Pihak pengurusan bagi cawangan makanan itu tidak mematuhi jarak 1 meter seperti yang diperlukan di bawah perintah kawalan Covid-19.



Dalam lapan insiden lain, Fei Siong Food Management telah melanggar perintah kawalan di cawangan lain dan membayar denda di luar mahkamah.



Pihak pendakwa meminta denda $5,000 manakala pihak peguam bela pula meminta denda tidak melebihi $2,500.



Peguam Shaun Marc Lew meminta mahkamah bagi menimbangkan kesukaran menguatkuasa peraturan dan Fei Siong mempunyai lebih 150 cawangan untuk diuruskan.



Fei Siong telah melakar pelan pengurusan selamat bagi cawangannya termasuk Encik Tan, menyebarkan maklumat kepada kesemua pengurus jenamanya yang kemudian akan memberitahu pekerja.



Pengurus jenama juga akan kerap mengunjungi cawangan bagi memastikan segala langkah dipatuhi, kata Encik Lew.



Beliau menambah, kesalahan itu dilakukan pada waktu makan malam pada Jumaat yang selalunya merupakan masa paling sibuk bagi cawangan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >