Subuh
5:30
Syuruk
6:52
Zuhur
12:55
Asar
4:19
Maghrib
6:56
Isyak
8:10
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Setempat
27
0

Firma kereta sewa privet Tada akan serap 1% GST bagi pemandu selama 6 bulan

Dec 22, 2022 | 05:30 AM



PENGENDALI platform tempahan kereta sewa privet Tada akan menampung 1 peratus Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sepanjang enam bulan bagi mengurangkan kesan peningkatan cukai, yang akan ditetapkan pada 1 Januari, ke atas para pemandunya.



Dalam satu kenyataan media, Tada berkata ia akan menampung 1 peratus peningkatan GST itu buat tempoh enam bulan, yang dikenakan kepada tambang platform dan pembatalannya.



Selain itu, syarikat tersebut akan melanjutkan tambang pemandunya hingga 30 Jun 2023.



Tada mengenakan tambang platform tanpa mengira GST ke atas pemandunya sebanyak 55 sen bagi setiap tempahan berjumlah kurang $18 dan 75 sen bagi tempahan atas $18, namun tidak mengenakan tambang itu bagi tempahan bernilai $7 dan ke bawah.



Ia tidak mengenakan komisyen kepada pemandunya.



Pada masa yang sama, ia mengenakan caj tambang pemandu - ditetapkan sejak Mac lalu bagi mengurangkan beban kos minyak yang meningkat - sebanyak 50 sen bagi setiap perjalanan berjumlah $18 dan ke bawah dan 80 sen bagi tempahan $18.10 dan ke atas.



"Seluruh Tambang Pemandu itu akan diberi kepada rakan pemandu kami," kata Tada.



"Dengan penampungan kenaikan GST itu bagi enam bulan, TADA berharap dapat membantu pemandu menyesuaikan diri dengan kos operasi semasa yang kekal tinggi," tambahnya.



Tada juga berkata ia terus berkomited menjadi sebuah platform sifar-komisyen bagi pemandunya.



Singapura akan menerapkan kadar GST 8 peratus pada 1 Januari 2023, naik 1 peratus daripada 7 peratus sekarang sebagai langkah beransur dan akan meningkatkan GST ke 9 peratus pada 2024.



Pengurus am Tada, Encik Jonathan Chua berkata:



"Rakan pemandu kami memainkan peranan penting dalam ekosistem tempat-ke-tempat (P2P) ini.



"Kami ingin terus menyokong mereka dan membantu mereka menyara hidup menerusi kegiatan sedemikian," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >