Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Firma perlu terus perkukuh kepelbagaian tenaga kerja, amal sikap inklusif: Zaqy

Dec 09, 2021 | 05:30 AM



USAHA memperkukuh kepelbagaian tenaga kerja dan memupuk sikap inklusif di tempat kerja perlu diteruskan syarikat dan sumber manusia (HR) bagi jangka masa panjang supaya pekerja dengan latar belakang dan kewarganegaraan berbeza dapat bekerjasama dengan baik, kata Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad.



Tenaga kerja yang pelbagai juga dapat mendorong inovasi yang dapat memanfaatkan syarikat, tambah Encik Zaqy dalam ucapannya semasa Forum 'People Behind People' Institut Karyawan HR (IHRP) semalam.



Encik Zaqy menambah dengan persekitaran perniagaan yang semakin berubah, syarikat dan pertubuhan memerlukan HR untuk menjadi sumber kekuatan dan menjaga kesejahteraan pekerjanya.



Pada masa yang sama, HR juga memainkan peranan penting dalam mempersiap tenaga kerja dan perniagaan untuk masa depan, katanya.



"Syarikat dan HR juga perlu mengukuhkan kepelbagaian dan memupuk sikap inklusif di tempat kerja. Tenaga kerja yang pelbagai dan bersepadu di mana pekerja dengan latar belakang dan kewarganegaraan berbeza dapat bekerja bersama secara harmoni.



"Ini akan mencetus inovasi yang lebih baik yang membolehkan syarikat untuk meraih manfaat penuh daripada kemahiran bakat global yang melengkapi satu sama lain," ujar Encik Zaqy.



HR juga perlu bersedia untuk menyesuaikan diri dengan perubahan dan menggunakan teknologi untuk mengukuhkan daya tahan pertubuhan dan membantu perniagaan terus maju ke hadapan, katanya.



Bagi membantu syarikat menilai kesan Covid-19 dan persekitaran luar terhadap strategi perniagaan, aliran tugas dan juga tenaga kerja, Buku Panduan Tranformasi Kerja dilancarkan IHRP semalam.



"Syarikat boleh merujuk dan mempraktikkan amalan baik dari segi memperhalusi model perniagaan atau pekerjaan, rancangan tenaga kerja strategik serta pengurusan perubahan, dan boleh meraih pengajaran dari kes-kes berjaya," menurut Encik Zaqy, mengumumkan pelancaran tersebut.



IHRP turut melancarkan Buku Panduan Transformasi Digital bagi membimbing perniagaan dan membantu mereka mengatasi cabaran dalam penyesuaian digital.



Ia juga akan membantu syarikat membuat pertimbangan dari segi infrastruktur, kemahiran dan daya pemikiran yang diperlukan bagi menentukan perjalanan transformasi digital yang berjaya.



Sejak ditubuhkan lima tahun lalu sebagai badan pensijilan HR nasional, IHRP telah menambah karyawannya dari 88 pada 2016 kepada 4,700 tahun ini.



Dengan memanfaatkan tenaga karyawannya, ia telah menghasilkan Buku Panduan Tenaga Manusia (Human Capital Playbooks) serta panduan bagi pengamal HR.



Ia juga telah membantu lebih 1,000 syarikat dalam menilai dan mengukuhkan porses HR mereka, melalui Alat Diagnostik Modal Insan.



Encik Zaqy berkata: "Memandang ke hadapan, karyawan HR akan terus memainkan peranan penting dalam bekerjasama dengan perniagaan untuk membentuk perusahaan mampan dan berdaya tahan untuk masa depan.



"Kita perlu terus melabur dalam tenaga kerja, untuk membolehkan mereka mempertingkat kemahiran, meraih kemahiran baru dan kemahiran yang pelbagai bagi masa depan yang lebih cerah."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >