Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

Firma proses makanan didenda $3,000 gagal pastikan premis bersih

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Firma proses makanan didenda $3,000 gagal pastikan premis bersih

Dec 09, 2020 | 06:41 PM

SEBUAH syarikat pemprosesan makanan, Dawood Flour Mill & Provision Pte Ltd, telah didenda $3,000 kerana gagal memastikan premisnya bersih dan bebas haiwan dan serangan serangga perosak.

Dalam kenyataannya pada Rabu (9 Dis), Agensi Makanan Singapura (SFA) bekata lipas dan tanda serangan tikus dikesan di kawasan pemprosesan makanan pada 29 Januari semasa pemeriksaan premis itu.

Lesen operasi syarikat itu digantung selama 15 hari dari 30 Januari hinga 13 Februari.

Ia dibenarkan menyambung operasi setelah memperbaiki kelemahannya dan mengambil tindakan memperbaiki kebersihan premisnya.

SFA mengingatkan pengendali makanan agar memastikan premis mereka bersih dan dijaga dengan baik, dan kakitangan dilatih dengan secukupnya mengenai pengurusan keselamatan makanan yang betul.

Mereka yang didapati bersalah boleh didenda hingga $10,000, dipenjara hingga 12 bulan atau kedua-duanya sekali.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3