Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Firma SG digesa berinovasi dalam bidang elektronik, perkilangan

Jan 13, 2021 | 05:30 AM



SYARIKAT di sini perlu terus berinovasi bagi Singapura merebut peluang ekonomi baru dalam elektronik dan perkilangan yang wujud dengan kemajuan dalam teknologi, seperti kecerdasan buatan (AI) dan Internet of Things (IoT), kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Chan Chun Sing.



Encik Chan menggalak syarikat yang terlibat dalam pengedaran komponen elektronik dan dalam sektor perdagangan borong mengorak langkah berani dan melakar laluan pertumbuhan baru menerusi inovasi.



"Kita juga memerlukan firma start-up teknologi perkakasan setempat kita agar terus berinovasi dan membangunkan teknologi baru, menyertai pertumbuhan (Singapura) dan mempertingkat daya ketahanan sektor perkilangan kita," katanya.



Berucap pada pelancaran rasmi Pusat Inovasi PlanetSpark di Taman Perniagaan Changi semalam, Encik Chan mengongsi dua trend sejagat baru dengan syarikat boleh memainkan peranan - transformasi dalam sektor elektronik dan perkilangan maju, dan keperluan semakin meningkat bagi mempertingkat daya ketahanan rantaian bekalan.



Mengenai trend pertama, beliau berkata pandemik Covid-19 telah mempercepat usaha digitalisasi dan ini akan berterusan sedang syarikat berusaha menangani isu kekurangan tenaga manusia dan mengurangkan gangguan rantaian bekalan pada masa depan.



Hasilnya, terdapat permintaan meningkat bagi inovasi dalam perkakasan.



Ini sedang pemerintah juga optimis tentang industri pengedaran elektronik meskipun terdapat Covid-19, dengan negara ini mengeksport komponen elektronik bernilai AS$84 bilion ($112 bilion) - atau sekitar 10 peratus daripada eksport elektronik sejagat - pada 2019.



Komponen sedemikian termasuk semikonduktor dan produk penyimpanan dan ingatan.



Industri perkilangan juga sedang menjalani transformasi yang dipacu AI, IoT dan jumlah kuasa pengkomputeran yang besar, kata Encik Chan.



Sektor sejagat bagi IoT - dengan objek mengumpul dan menukar data untuk membantu orang ramai membuat keputusan - diramal tumbuh kepada AS$1.6 trilion menjelang 2025 daripada AS$151 bilion pada 2018.



"Daya saing sektor elektronik dan perkilangan kita akan bergantung pada kelajuan dengan kita boleh membuat pembaharuan pada produk dan sistem pengeluaran kita dengan teknologi seperti AI dan IoT," kata Encik Chan.



Satu lagi trend yang syarikat boleh memainkan peranan ialah keperluan mempertingkat daya ketahanan rantaian bekalan barangan supaya hubungan perdagangan Singapura kekal terbuka.



Pandemik ini telah mengganggu rantaian bekalan Singapura, yang menjadi lebih buruk dek sekatan eskport yang dikenakan negara lain, kata Encik Chan.



Akibatnya, penting bagi syarikat perkilangan di seluruh dunia mempunyai daya ketahanan sedang mereka memikirkan semula rantaian bekalan mereka.



Misalnya, dalam ruang semikonduktor, terdapat dorongan lebih kuat untuk memindahkan semula operasi perniagaan ke negara asal, penyerantauan dan pempelbagaian pangkalan pengeluaran dan rantaian bekalan disebabkan ketegangan geopolitik.



Asia Tenggara dan Singapura berada dalam kedudukan baik merebut sebahagian penyusunan semula rantaian bekalan ini, kata Encik Chan, namun Singapura mesti menunjukkan keupayaannya mengikuti inovasi dan kekal berdaya saing untuk melakukan demikian.




"Kita juga memerlukan firma start-up teknologi perkakasan setempat kita agar terus berinovasi dan membangunkan teknologi baru, menyertai pertumbuhan (Singapura) dan mempertingkat daya ketahanan sektor perkilangan kita."

"Daya saing sektor elektronik dan perkilangan kita akan bergantung pada kelajuan dengan kita boleh membuat pembaharuan pada produk dan sistem pengeluaran kita dengan teknologi seperti AI dan IoT."

- Encik Chan Chun Sing.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >