Firma tenaga Neste labur $2.1 bilion di S'pura
Khusus tingkat produk boleh dibaharui dan mampan
Aug 01, 2019 | 05:30 AM
SYARIKAT tenaga Finland, Neste, sedang meningkatkan keupayaan lojinya di Singapura untuk menghasilkan produk boleh diperbaharui dan mampan, menyusuli satu pelaburan bernilai $2.1 bilion.
Firma itu, yang diiktiraf antara tiga syarikat paling mampan di dunia, telah mengadakan satu majlis semalam untuk menandakan peluasan kemudahan di Tuas itu.