Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PAKAIAN DENGAN PAPARAN AYAT A-QURAN

Firma yang 'dikaitkan' mempromosinya buat laporan polis; 'kini bantu siasatan'

Jun 24, 2022 | 05:30 AM



FIRMA perakaunan, Corporate FinEdge Pte Ltd, telah membuat laporan polis kelmarin setelah mendapat tahu alamat mereka di Paya Lebar Road, telah disalahgunakan oleh dua syarikat lain, iaitu Playmate dan JammyJob.



Syarikat Playmate dan JammyJob merupakan kedai fesyen dan pakaian di atas talian.



Melalui video yang didedahkan oleh seroang pengguna TikTok, @--abu.toz--, empat hari lalu, syarikat Playmate didapati menjual beberapa baju renang dan baju tidur yang dihiasi ayat-ayat Al-Quran dan kalimah Allah.



Menurut @--abu.toz--, hiasan-hiasan tersebut di baju renang dan tidur "tidak menghormati Islam".



Syarikat Playmate berkata di lelaman web yang pejabatnya terletak di Paya Lebar Road.



Namun, alamat yang tertera rupanya dimiliki oleh firma perakaunan Corporate FinEdge Pte Ltd.



Firma perakaunan tersebut telah meletakkan notis di Facebook bagi menjelaskan yang ia tidak ada kena mengena dengan wadah-wadah yang menggunakan alamatnya tanpa keizinan, iaitu Playmate dan JammyJob.



"Wadah-wadah dalam talian berikut telah menggunakan alamat perniagaan kami untuk melakukan operasi perniagaan dalam talian tanpa kebenaran firma kami. Firma kami ingin menjelaskan bahawa kami tidak ada kena mengenai atau perhubungan dengan wadah-wadah (itu)," kata notis di laman Facebook firma tersebut.



Seorang wakil dari Corporate FinEdge Pte Ltd yang diwawancara oleh Berita Harian (BH) semalam berkata:



"Pihak polis datang ke pejabat kami untuk memberitahu kita tentang hal ini. Mereka ambil kenyataan kami untuk membantu dalam siasatan mereka."



Menurut wakil tersebut, terdapat beberapa orang awam juga yang datang ke alamat mereka untuk menyiasat syarikat Playmate.



Mereka terkejut apabila mendapat tahu yang alamat di Paya Lebar Road sebenarnya sebuah firma perakaunan dan bukan penjual baju renang.



"Kalau bukan kerana penglibatan polis atau orang awam yang datang untuk cuba menyiasat penjual baju renang itu, kita mungkin tidak akan sedar," kata wakil tersebut.



Apabila BH memeriksa laman web syarikat Playmate itu semalam, paparan pakaian tersebut tidak lagi ditemui.



Sementara itu, syarikat Playmate belum memberi jawapan kepada BH sehingga akhbar ini dicetak.



Tetapi seorang pengguna TikTok dari Singapura, @midnightmishkuni, mendakwa mendapat jawapan dari syarikat Playmate setelah menghantar e-mel kepada mereka pada Jun 22.



"Kami ingin memohon maaf atas perkara ini. Kami telah mengeluarkan semua produk mengenai orang Islam dari kedai kami. Kami faham bahawa pasukan kami membuat kesilapan menjual produk ini dalam kategori pakaian tidur dengan tidak sengaja. Kami sentiasa menghormati semua agama secara amnya, khususnya agama Islam," kata syarikat Playmate dalam respons didakwa mereka.



Polis ketika dihubungi mengesahkan bahawa satu laporan telah dibuat dan pihaknya sedang jalankan siasatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >