Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:19
Asar
4:34
Maghrib
7:21
Isyak
8:31
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Fish & Co, Delifrance tidak lagi bersijil halal

Aug 07, 2018 | 06:15 PM



 



Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) berkata rangkaian restoran Fish & Co dan Delifrance tidak lagi bersijil halal selepas pensijilan halal mereka luput dan tidak diperbaharui.



Delifrance mempunyai 19 cawangan dan pensijilan halal restoran makanan Perancis itu luput pada 30 Jun.



Pensijilan halal Fish & Co - yang mempunyai 12 cawangan luput sejak Mac lalu.



Menjawab pertanyaan akhbar The New paper, jurucakap Muis berkata permohonan Fish & Co  untuk memperbaharui sijil halal ditolak Februari lalu kerana ia tidak memenuhi Syarat Pensijilan Halal Muis.



“Buat masa ini, kami masih belum menerima sebarang permohonan pensijilan halal baru daripada mereka,” kata jurucakap itu.



Menurut jurucakap itu, Muis juga belum menerima sebarang permohonan pensijilan halal baru daripada Delifrance.



Menulis di Facebook minggu lalu, Fish & Co berkata ia masih mematuhi piawaian halal Muis.



Tambahnya, perunding pensijilan halal HalalHub, sedang menjalankan usaha memperbaharui pensijilan halal yang sah selama setahun.



Apabila dihubungi, ketua eksekutif HalalHub Ustaz Azmi Abdul Samad berkata permohonan Fish&Co untuk memperbaharui pensijilan halal ditolak kerana ‘maklumat tidak lengkap’, tetapi enggan memberi perincian lanjut.



Tambah Ustaz Azmi, HalalHub akan menyumbangkan permohonan baru bagi pihak Fish & Co selepas ia mempunyai semua dokumen yang diperlukan.



Dihubungi TNP, pengurus besar Delifrance Singapura Encik Alvin Goo berkata ini adalah kali pertama restoran itu berdepan dengan keadaan ini sejak 16 tahun menerima pensijilan halal.



Menurut Encik Goo, syarikat itu sedang berusaha menyelesaikan beberapa isu teknikal, yang ‘tidak berkaitan dengan persiapan makanan, bahan yang digunakan atau cara penyajiannya’.



“Kami sedang mengambil tindakan wajar dan mengadakan perbincangan dengan pihak berkuasa yang relevan, selain bekerjasama dengan pakar bidang ini untuk menyelesaikan isu,” kata Encik Goo.



Menurut TNP, permohonan untuk memperbaharui pensijilan halal Delifrance ditolak tahun ini disebabkan syarat baru yang menuntut semua syarikat berkaitan yang menggunakan nama yang sama untuk mendapat pengesahan halal sebelum mereka layak mendapat pensijilan halal.



Namun, Delifrance Singapura, tidak dapat menggesa syarikat yang berpangkalan di Perancis itu, yang turut menjual makanan beku sebagai Delifrance Singapore Wholesale, untuk mendapatkan pensijilan halal.



Encik Goo berkata: “Isu teknikal adalah rumit dan memerlukan masa untuk diselesaikan. Kami memberi jaminan kepada pelanggan bahawa kami tidak akan, dalam keadaan apa pun, menggunakan atau menjual sebarang produk tidak halal di cawangan kami.”



Pakar perniagaan berkata mendapatkan pensijilan halal mempunyai buruk baiknya.



Pengurus kursus Diploma Pengurusan Runcit di Politeknik Temasek Encik Samuel Tan berkata perniagaan halal boleh menarik lebih ramai pelanggan.



“Namun, mereka yang memohon pensijilan halal perlu bersedia mengubah keseluruhan operasi, termasuk bahan-bahan, cara makanan disiapkan, prasaranan dan tenaga kerja,” kata Encik Tan.



Tambahnya, sesebuah syarikat boleh menawarkan pilihan halal dan bukan halal.



“Satu strategi adalah untuk menjenama semula perniagaan dengan mengadakan beberapa cawangan halal yang menggunakan nama baru. Satu contoh ialah Han’s Cafe yang dijenamakan semula sebagai Hanis dan restoran Aston, kepada Andes,” kata Encik Tan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >