Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Flat 'banjir' di Yishun: Keluarga harap dapat sambut Raya Haji di rumah baru

'Banjir' lumpur dek paip bocor sebabkan kerosakan sekitar $80,000; kerja pembaikan dijangka ambil masa lagi 2 bulan
May 14, 2023 | 05:30 AM



NIAT di hati untuk membawa ibunya tinggal bersama dan berhari raya di rumah baru tidak kesampaian setelah kejadian yang tidak diduga berlaku.



Unit aras lantai di Blok 401, Yishun Avenue 6, milik Cik Anita Mokhtar sekeluarga yang hampir siap dengan semua kerja pengubahsuaian tiba-tiba mengalir air berlumpur hingga menyebabkan kebanjiran yang mengisi semua ruang rumah itu.



Akibat kejadian itu, banyak perabot, termasuk yang baru dibeli, turut mengalami kerosakan.



Kejadian yang berlaku pada 1 Mei lalu, telah meninggalkan kesan yang agak pahit bagi keluarga lima beranak itu.



"Sewaktu ianya berlaku, saya dan keluarga baru sahaja ingin rehat dan makan tengah hari setelah mengemas sedikit rumah baru kami itu dan memasang perabot yang baru dihantar.



"Tiba-tiba kedengaran seperti air yang deras mengalir dari ruang dapur dan pada mulanya saya ingat ia hujan yang turun.



"Namun setelah diperiksa, kami dapati air berlumpur mula keluar tanpa henti dari saliran air di kedua-dua bilik mandi serta ruang balkoni rumah kami itu.



"Dalam beberapa minit sahaja, seluruh rumah mula dibanjiri air lumpur. Dan dalam keadaan cemas, kami segera menghubungi majlis bandaran untuk mendapatkan bantuan," kata Cik Anita ketika dihubungi Berita Minggu (BM).



Selain Majlis Bandaran Nee Soon (NSTC), pihak agensi air negara, PUB, juga telah turun untuk membuat pemeriksaan terhadap kejadian tersebut.



Dalam catatannya di Facebook pada 5 Mei lalu, PUB berkata setelah membuat pemeriksaan bersama dengan NSTC, mereka mendapati kejadian itu berpunca apabila paip bawah tanah berdekatan unit itu pecah, menyebabkan air berlumpur untuk memasuki unit berkenaan melalui paip di bilik mandi.



Paip tersebut membawa air daripada unit tersebut ke sistem kumbahan awam.



PUB yang turut menyifatkan insiden tersebut sebagai sesuatu yang "malang dan luar biasa", berkata:



"Apabila berlaku kebocoran pada paip air bawah tanah yang terletak betul-betul bersebelahan unit itu pada 1 Mei, air daripada paip itu memasuki unit tersebut menerusi kerosakan pada paip sanitari, mengakibatkan banjir."



PUB menambah keutamaan mereka kini adalah untuk memberikan sokongan kepada keluarga itu sepanjang tempoh yang "tertekan ini".



Meskipun punca kejadian itu telah diketahui, namun buat masa terdekat ini Cik Anita, 44 tahun, dan keluarganya masih belum boleh berpindah ke rumah baru mereka.



Buat sementara waktu ini, mereka telah ditempatkan di sebuah rumah sewa berdekatan.



Menurut ibu kepada tiga anak berusia antara 12 dengan 22 tahun itu berkata, ia mungkin mengambil masa sekitar hampir dua bulan lagi sebelum mereka boleh mendiami rumah baru mereka itu.



Beliau juga menganggarkan kerosakan yang bernilai hampir sekitar $80,000 akibat kejadian itu.



"Beberapa perabot seperti sofa dan juga meja belajar yang baru kami beli dan dihantar telah rosak dan tidak lagi dapat digunakan.



"Ini selain almari dan kabinet yang baru dipasang oleh kontraktor kami semasa kerja pengubahsuaian. Sekarang kami harus mula semula dengan kerja-kerja pengubahsuaian," jelasnya.



Namun, di sebalik nasib yang menimpa, Cik Anita berkata beliau sekeluarga tetap terima kenyataan ini.



Kini mereka hanya berharap proses pembaikan dan pengubahsuaian berjalan dengan lancar agar mereka dapat diberi kesempatan menyambut Hari Raya Haji di rumah baru mereka kelak.



"Itulah harapan kami untuk dapat bersama raikan Hari Raya Haji di rumah itu setelah perancangan kami pada Hari Raya Puasa ini terjejas," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >