Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Flat BTO lokasi utama mungkin dapat lebih subsidi tapi dikenakan sekatan: Desmond Lee

Dec 12, 2020 | 05:30 AM



FLAT Bina Ikut Tempahan (BTO) di lokasi utama mungkin mendapat lebih banyak subsidi sedang pemerintah menimbangkan cara memastikan unit baru HDB kekal dimampui warga Singapura.



Antara idea dalam pertimbangan ialah mengenakan had tertentu mengenai syarat jual semula bagi projek perumahan akan datang di kawasan utama.



Dalam satu pos di Facebook semalam, Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee berkata model perumahan baru diperlukan bagi flat BTO di "kawasan baru dengan ciri-ciri utama" kerana "ia jauh lebih mahal daripada flat BTO sekarang".



Bagi memastikan projek perumahan akan datang di kawasan utama - seperti di bandar atau Greater Southern Waterfront - kekal dimampui, Encik Lee berkata pemerintah perlu memberi lebih banyak subsidi, selain subsidi sedia ada yang diberi kepada semua pembeli flat BTO.



Namun, beliau berkata subsidi tambahan itu mungkin membangkitkan beberapa isu.



"Terdapat isu berkaitan keadilan apabila subsidi tambahan ini menambah kepada keuntungan bagi pembeli flat tersebut di kawasan utama," katanya.



"Selain itu, kami ingin mengekalkan ciri perumahan awam di estet-estet ini, agar, seperti estet HDB lain di Singapura, ia akan terus kekal inklusif."



Beliau turut menekankan pelbagai jenis flat akan dibina di estet di lokasi utama pada masa akan datang, termasuk flat fleksi dua bilik dan rumah sewa, untuk memenuhi pelbagai keperluan dan memastikan perumahan awam di Singapura kekal inklusif dan pelbagai.



Encik Lee berkata pemerintah akan menimbangkan langkah-langkah yang "mengimbangi pelbagai matlamat ini" bagi flat akan datang di estet utama.



"Kami telah menerima banyak idea - contohnya, ada menyarankan agar memperkenalkan had bagi syarat jual semula bagi projek akan datang di kawasan utama," katanya.



Encik Lee menyeru orang ramai mengemukakan saranan dan berkata idea yang pelbagai boleh diguna pakai pada flat akan datang di bawah model perumahan baru, dan ini akan ditimbangkan pemerintah.



Dalam satu temu ramah bersama akhbar Lianhe Zaobao bulan lalu, Encik Lee berkata jenis perumahan yang pelbagai akan diwujudkan di estet akan datang di kawasan utama.



Beliau juga berkata harga flat perlu kekal dimampui semasa penjualan pertama oleh HDB dan juga semasa dijual semula, membayangkan langkah-langkah tertentu mungkin dikuat kuasa untuk memastikan "jika flat itu boleh dijual semula, ia akan kekal dimampui generasi akan datang".




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >