Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Flat HDB 5 bilik di Boon Keng dijual pada harga rekod $1.2 juta pada Julai namun harga jualan semula jatuh 0.2 peratus

Aug 08, 2019 | 03:50 PM



MESKIPUN sebuah flat lima bilik di Boon Keng dijual pada harga rekod, namun harga penjualan semula HDB kekal stabil bulan lalu. 



Unit rumah di tingkat 39 di City View @ Boon Keng itu dijual pada harga $1,205,000 - $5,000 lebih tinggi daripada rekod yang dicapai oleh flat jualan semula lima bilik HDB di Boon Tiong Road di Tiong Bahru pada April lalu. 



Ini merupakan kali kedua pada tahun ini di mana unit City View mencipta rekod penjualan, selepas sebuah unit lima bilik di Block 9 berdekatan dijual pada harga $1,185,000 pada Januari.



Pembangunan 714 unit itu selesai dibina pada 2011, dan lima dalam sembilan flatnya dijual pada harga lebih sejuta dolar.



Penganalisis menyatakan bahawa pilihan itu popular kerana pembangunan tersebut terletak di sekitar estet matang dan berhampiran dua stesen MRT - Bendemeer di laluan Downtown dan Boon Keng di Laluan North East (NEL).



Walaupun harga rekod dicipta, harga penjualan semula HDB pada Julai merosot 0.2 peratus dari Jun, sementara jumlah penjualan semula meningkat 11.9 peratus, menurut data yang dikeluarkan oleh SRX Property hari ini (8 Ogos).



Harga flat tiga bilik dan lima bilik jatuh 0.9 dan 0.1 peratus.



Harga flat empat bilik kekal sama sementara harga flat eksekutif naik 0.3 peratus.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >