Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Flat HDB baru mesra warga emas bakal dilancar Feb 2021

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Flat HDB baru mesra warga emas bakal dilancar Feb 2021

Dec 10, 2020 | 07:46 PM

WARGA emas berusia 65 tahun dan ke atas kini boleh menikmati satu pilihan perumahan baru yang menggabungkan ciri reka bentuk mesra warga emas serta khidmat jagaan yang boleh disesuaikan dengan keperluan masing-masing.

Dinamakan Apartmen Penjagaan Masyarakat, kumpulan pertama flat itu terletak di Bukit Batok West Avenue 9 dan sekitar 160 unit akan dilancarkan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) Februari nanti.

Projek perumahan itu dijangka siap pada 2024.

Dibangunkan bersama Kementerian Pembangunan Negara (MND), Kementerian Kesihatan (MOH) dan HDB, konsep perumahan itu juga akan menyediakan khidmat dan program buat penduduk untuk mewujudkan interaksi sosial dan penyertaan yang bermakna di kalangan mereka.

Menurut kenyataan bersama MND, MOH dan HDB pada Khamis (10 Dis), setiap flat Apartmen Penjagaan Masyarakat di Bukit Batok itu seluas 32 meter persegi – atau kira-kira separuh daripada sebuah flat tiga bilik – dan dilengkapi dengan ciri mesra warga emas termasuk alat pemegang dan lantai yang tidak licin.

Flat itu juga akan dilengkapi dengan dapur, almari dan kabinet siap pasang untuk membolehkan warga emas berpindah masuk dengan cepat tanpa memerlukan banyak kerja ubah elok.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3