Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

FLAT JALANI SERS

Sebak terpaksa pindah dari Sin Ming selepas hampir 5 dekad

May 22, 2022 | 05:30 AM



SETELAH hampir setengah abad, beliau berasa sayu untuk meninggalkan flat yang telah didiaminya hampir sepanjang hidupnya.



Cik Faridah Mohd Isa, 66 tahun, adalah antara orang lama yang tinggal di Blok 26 Sin Ming Industrial Estate selama sekitar 48 tahun.



"Saya tinggal di sini sudah lama. Dulu tak ada perhentian bas di depan, belakang pula hutan dan kawasan perkuburan manakala depan pula ladang ternak babi. Senang cakap, dulu tempat ini sekeliling tak ada apa-apa. Tapi sekarang, semua dah dibina," cerita ibu tiga anak itu yang juga nenek kepada 12 cucu.



Hingga September tahun ini, sekitar 300 penduduk blok itu harus berpindah dan ditempatkan semula ke HDB lain dan mereka telah diberitahu sejak November tahun lalu.



Untuk memperingati kenangan, persahabatan dan pengalaman yang terjalin antara penduduk Sin Ming 26, Perkhidmatan Warga Emas COMNET - satu perkhidmatan oleh Khidmat Masyarakat AMKFSC - telah menganjurkan I'MPOSSIBLE26 - sebuah pameran peringatan yang diadakan di kolong blok.



Turut menghadiri acara itu semalam adalah Menteri Negara (Pendidikan dan Tenaga Manusia) dan Penasihat kepada Marymount SMC GRO, Cik Gan Siow Huang.



Acara itu dianjurkan bersama oleh penduduk blok itu dan menampilkan lawatan, karya seni dan aktiviti yang menyorot kenangan penduduk.



"Sejujurnya, rasa sedih apabila dapat tahu kami semua terpaksa pindah. Di sini orangnya semua baik-baik. Saya kenal dan sangat rapat dengan jiran-jiran... sudah anggap sebagai keluarga sendiri. Kalau nanti di tempat baru, saya tak pasti jika boleh dapat persekitaran yang sama seperti sekarang," keluh Cik Faridah yang juga merupakan ketua akar umbi Jawatankuasa Penduduk (RC) Sin Ming Ville.



Cik Faridah akur bahawa kawasannya itu banyak menerima bantuan. Namun beliau juga tidak putus memberi semula kepada masyarakat dengan sumbangan tenaganya.



"Jika sesiapa memerlukan bantuan, saya sedia bantu," jelas Cik Faridah, yang juga ahli Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Marymount.



Bagi Cik Faridah, perkara yang beliau akan merindui setelah berpindah nanti adalah masa yang diluangkan bersama jiran-jirannya lain.



"Kami sudah merancang untuk tetap menghubungi antara satu sama lain walaupun selepas berpindah ke flat baru nanti," tambah beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >