SEBUAH flat HDB lima bilik di Queenstown telah dijual pada harga $1.1 juta bulan ini, mencatat harga tertinggi dalam pasaran bagi kawasan tersebut.
Luas lantai unit jualan semula di tingkat 38 Blok 18C di Holland Drive itu adalah 1,259 kaki persegi.
Dibina di bawah Skim Pembangunan Semula Terpilih Bersama (Sers), unit itu mempunyai baki tempoh pajakan 93 tahun dan pemandangan yang tidak tidak terlindung.
Ejen penjual flat itu, Cik Joyyce Goh daripada ERA Realty, berkata:
“Flat jualan semula di kawasan Commonwealth dan Holland berkemungkinan tinggi mencapai harga yang tinggi kerana kawasan itu dekat dengan Orchard Road dan bandar.”
Difahamkan, pembeli flat di Queenstown itu merupakan sebuah keluarga warga setempat yang sebelum ini tinggal di rumah privet, menurut akhbar The Straits Times.