Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Flat jualan semula HDB kekal mantap buat suku ke-4 berturut-turut

Apr 24, 2021 | 05:30 AM



PASARAN flat jualan semula Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) kekal mantap pada suku pertama tahun ini di tengah-tengah sikap optimis terhadap vaksin Covid-19.



Ini sedang harga flat jualan semula meningkat buat suku keempat berturut-turut walaupun jumlah flat yang bertukar tangan berkurangan.



Indeks harga jualan semula untuk tiga bulan pertama tahun ini adalah 142.2, satu peningkatan sebanyak 3 peratus berbanding suku keempat 2020, menurut perangkaan yang dikeluarkan HDB semalam.



Harga meningkat sebanyak 8.1 peratus tahun ke tahun.



Harga jualan semula HDB pada suku lalu ini hanya 4.8 peratus lebih rendah berbanding dengan suku kedua 2013 di mana ia mencapai puncaknya, kata Cik Christine Sun, naib presiden kanan penyelidikan dan analitik OrangTee & Tie.



Beliau menyatakan bahawa pelancaran vaksin Covid-19 di serata dunia serta jangkaan bagi pemulihan ekonomi global telah mencetus keghairahan dalam kegiatan membeli hartanah di seluruh dunia.



Ini lantas menjadikan sentimen pasaran lebih baik bagi pasaran jualan semula HDB.



Ketidakseimbangan bekalan dan permintaan flat juga telah menyebabkan harga flat jualan semula HDB meningkat di banyak lokasi, kata Cik Sun.



Harga flat jualan semula meningkat di 22 daripada 26 bandar HDB, dengan flat di kawasan bandar mencatat harga jualan semula median tertinggi pada $910,000 untuk flat empat bilik.



Ini termasuk projek popular seperti The Pinnacle @ Duxton di Cantonment Road di mana beberapa flat lima bilik di tingkat tinggi telah dijual pada harga lebih sejuta dolar dalam beberapa tahun kebelakangan ini.



Woodlands mencatatkan harga jualan semula median paling rendah pada $380,000 untuk flat empat bilik, sementara Sembawang menyusuli pada $399,000.



Permintaan bagi flat jualan semula HDB mula mendapat tarikan pada separuh kedua tahun lalu, setelah Singapura mengakhiri tempoh pemutus litar sepanjang dua bulan bagi mengekang penularan Covid-19, dengan harga jualan semula terus naik dalam beberapa bulan kebelakangan ini.



Namun, jumlah jualan semula secara keseluruhan merosot sedikit pada suku lalu menyusuli harga jualan semula yang lebih tinggi dan nilai melebihi penilaian (COV) yang meningkat.



Jumlah urus niaga jatuh 0.8 peratus dari 7,642 unit pada suku keempat 2020 ke 7,581 unit pada suku pertama tahun ini.



Berbanding dengan suku pertama tahun lalu apabila 5,893 unit bertukar tangan, jumlah jualan semula meningkat sebanyak 28.6 peratus.



Cik Sun berkata: "Suku lalu, banyak flat dijual dengan COV. Beberapa tawaran dan pembidaan harga yang dilakukan bagi flat pilihan adalah biasa kerana pembeli sanggup membayar lebih untuk flat premium, kerana mereka percaya bekalan flat ini terhad lebih-lebih lagi untuk flat jualan semula lebih baru di estet matang."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >