Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Flat lama 3 bilik laris kerana saiz lebih luas, harga lebih rendah

Jun 24, 2019 | 05:30 AM



MESKI hanya mempunyai tandas dan bilik mandi di dapur, flat-flat lama jenis tiga bilik atau 3I (Improved) yang dibina dalam 1970-an di estet-estet matang tetap laku.



Ini kerana saiz flat-flat sedemikian agak besar - purata 60 meter persegi - dan sesetengahnya mempunyai bilik tambahan selepas menjalani program peningkatan.



Harganya pula disifatkan murah - serendah $175,000 hingga $250,000 - bergantung kepada kedudukannya, sama ada dekat dengan pusat kejiranan dan kemudahan yang tersedia di sekitarnya.



Pengarah Divisyen Kanan ERA Realty, Encik Noor Haidi Abdul Malek atau lebih dikenali sebagai Adi Mesti Jadi, menyatakan beliau telah menjual lebih 10 unit tiga bilik jenis 3I sejak setahun lalu.



"Kesemua flat 3I memang dah lama, antara 45 tahun dengan 47 tahun. Tapi kalau flat itu cantik dan murah harganya, ia mudah dijual meskipun hanya boleh tinggal lagi sekitar 50 tahun.



"Lagi pun flat sebegini ada bilik tambahan kerana sudah jalani program peningkatan. Soal hanya ada satu bilik tandas dan bilik mandi di dapur tak jadi masalah melainkan keluarga mereka terlalu ramai. Mereka yang ada kelebihan boleh tebuk pintu baru di bilik utama untuk ke tandas jika dapat kelulusan HDB,'' kata Encik Noor Haidi yang berpengalaman selama 17 tahun dalam sektor hartanah.



Menurutnya, kebanyakan pembeli merupakan mereka yang berusia 50-an ke atas dan mempunyai simpanan, golongan yang telah menjual flat jenis lebih besar dan pembeli muda yang baru mendirikan rumah tangga.



Beliau sedang memasarkan sebuah flat 3I di Blok 185 Boon Lay Avenue dengan harga $245,000.



Pemiliknya sudah berusia senja dan mahu menjualnya untuk tinggal bersama anak.



Di Toa Payoh, beliau juga sedang memasarkan dua unit flat di Blok 85 dan Blok 83 Lorong 2 Toa Payoh - masing-masing dengan harga $230,000 dan $250,000.



Blok 83 yang sudah mencecah 48 tahun, dijual pemiliknya kerana beliau mahu berhijrah ke kampung halaman isterinya di Bandung, Indonesia.



Menurut beliau, kedua-dua flat di Toa Payoh itu tidak boleh dijual kepada pembeli Cina kerana tertakluk kepada kuota etnik yang HDB tetapkan.



"Masalahnya pembeli Melayu suka cari flat di Tampines, Bedok dan Pasir Ris. Tetapi, saya yakin flat ini akhirnya dapat dijual jika harganya sepadan dengan bajet pembeli,'' tambahnya.



Cik Riyan Ria, pengarah divisyen cawangan ERA, menyatakan beliau baru menjual flat 3I milik pelanggannya di Blok 507 Bukit Batok Street 52 dengan harga $220,000.



"Saya pos dalam Facebook dan dalam tiga hari sudah ada orang yang mahu membelinya.



"Kalau betul-betul, memang makan masa nak jual, tetapi memandangkan harganya agak rendah, flat ini sekejap direbut pembeli yang masih muda dan boleh menggunakan CPF sepenuhnya,'' tambah Cik Riyan sambl menyatakan flat berkenaan berusia 36 tahun.



Menurutnya, pemilik menjualnya kerana mahu tinggal di seberang Tambak dan pembelinya pula hanya berusia 29 tahun.



Beliau mendapati harga flat 3I kini semakin rendah, dengan jualan terendah ialah sebanyak $175,000 melibatkan sebuah flat di tingkat satu Blok 186 Boon Lay Avenue.



Flat seluas 59 meter persegi dan siap dibina dalam 1975 itu dijual pemiliknya pada Jun tahun lalu.



Selain Toa Payoh dan Boon Lay, flat 3I banyak terdapat di Upper Aljunied, Paya Lebar Way, Balam Road, Hougang, Chai Chee, Marine Parade, Bedok South dan Bedok North.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >