Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Flat lama masih bernilai: Lawrence

May 19, 2018 | 05:30 AM



MENTERI Pembangunan Negara Lawrence Wong berkata flat lama Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) masih mempunyai nilai yang dapat dimanfaatkan bagi persaraan.



Memberi contoh perangkaan urus niaga tahun lalu yang menunjukkan nilai berharga flat lama itu, beliau berkata flat empat bilik lama dengan tempoh pajakan kurang 60 tahun boleh mencapai harga sekitar $300,000 manakala flat lima bilik boleh mencapai harga $400,000 di estet tidak matang.



Bagi flat di lokasi lebih popular, harganya boleh mencecah lebih seganda seperti lebih $600,000 bagi flat empat bilik dan lebih $800,000 bagi flat lima bilik.



Justeru, harga flat bukan sahaja bergantung pada baki tempoh pajakan, malah faktor lain seperti lokasi, ketinggian tingkat dan keadaan flat, lapor akhbar The Straits Times.



Beliau berkata hasil yang diperolehi daripada penjualan flat itu lebih daripada cukup untuk membeli flat lebih kecil seperti flat Fleksi dua bilik dengan tempoh pajakan 40 tahun dan berharga sekitar $100,000.



Flat tiga bilik jualan semula pula boleh didapatkan pada harga $250,000, bergantung pada lokasi.



Mereka yang tidak mahu berpindah pula boleh meraih manfaat daripada pelbagai program seperti Skim Beli Balik Pajakan (LBS) yang membolehkan pemilik flat menjual sebahagian baki pajakan mereka kepada Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).



Mereka juga boleh menyewakan bilik tidur dalam flat.



Skim seperti itu berkesan, katanya.



"Kami akan terus menyemak dan mempertingkat skim itu serta membantu warga emas memanfaatkan nilai flat mereka bagi persaraan," ujarnya di Parlimen kelmarin.



Isu nilai flat lama ditimbulkan di Parlimen oleh beberapa Anggota Parlimen (AP), termasuk Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) Leon Perera daripada Parti Pekerja (WP) minggu ini.



Encik Wong berkata beliau mengalu-alukan saranan parti pembangkang berhubung hal tersebut.



Menurut Encik Perera, WP mengkaji hal itu dengan serius.



Encik Wong turut menggalak semua pihak dan warga Singapura agar memberi pandangan dan maklum balas kepada pemerintah.



Beliau turut menarik perhatian bahawa tempoh pajakan HDB ialah 99 tahun.



"Ini masa yang lama - boleh merangkumi dua generasi," ujar Encik Wong.



Pemerintah juga mengkaji isu itu, kata Encik Wong.



"Tanggungjawab kami bukan sahaja kepada generasi sekarang yang sudah memiliki rumah sendiri, malah kepada generasi akan datang, mereka yang belum layak mengundi dan mereka yang belum lahir.



"Kehidupan dan masa depan mereka bergantung pada keputusan betul yang kami harus ambil bagi pihak mereka.



"Pada dasarnya, kami ingin memastikan setiap generasi berupaya memiliki rumah dimampui dan bermutu tinggi di Singapura," katanya.



Kini, Encik Wong berkata penting bagi orang ramai tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat yang boleh memberi kesan kepada pasaran.



Umpamanya, spekulasi yang timbul secara dalam talian baru-baru ini bahawa pemerintah dikatakan mahu menghentikan penggunaan wang Tabung Simpanan Pekerja (CPF) sepenuhnya bagi membeli flat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >