Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Flat lima bilik loft HDB di Punggol dijual $970,000

Pakar: Flat jualan semula $1j biasanya di estet matang, akan ambil masa sebelum ia muncul di estet 'baru'
Dec 10, 2021 | 05:30 AM



SEBUAH flat loft lima bilik HDB di Treelodge @ Punggol dijual di pasaran terbuka pada harga $970,000 bulan lalu, menjadikannya flat keenam di Punggol yang mencapai nilai lebih $900,000 sejak 2019.



Namun, walaupun flat jualan semula HDB yang bernilai lebih $1 juta kini semakin popular, flat-flat itu terletak di estet matang, dan pakar analisis berkata transaksi seperti itu akan mengambil masa sebelum ia muncul di estet belum matang.



Tingkat tinggi, pemandangan baik, lokasi dan ubah suai sesebuah flat merupakan faktor yang biasanya menjadi ciri flat HDB jualan semula bernilai $1 juta, kata Ketua Penyelidikan di ERA Realty, Encik Nicholas Mak.



"Di samping itu, ada juga persoalan apakah ada pembeli bersedia membayar $1 juta.



"Jika anda mempunyai wang untuk dibelanjakan, terdapat banyak lokasi yang boleh dipilih, jadi kawasan tidak matang seperti Punggol mungkin bukan pilihan pertama," kata Encik Mak.



Bersetuju, naib presiden kanan kajian dan analitik OrangeTee & Tie, Cik Christine Sun, berkata sejauh ini hanya enam unit di Punggol dijual pada harga lebih $900,000.



"Jumlahnya tidak banyak. Kita mungkin boleh lihat satu (unit jualan semula) di kawasan belum matang yang melebihi $1 juta tapi ia akan mengambil masa," katanya.



Hingga kini, hanya terdapat satu transaksi $1 juta di estet tidak matang.



Pada Januari 2018, sebuah unit maisonette seluas 177 meter persegi di Blok 851 Hougang Central bertukar tangan pada harga $1 juta.



Flat tersebut, yang terletak di tingkat tertinggi blok 15 tingkat itu, mempunyai baki 78 tahun dalam pajakan 99 tahun.



Unit loft HDB merupakan jenis apartmen premium yang mempunyai permintaan tinggi disebabkan ruang lebih besar dan dua tingkat.



Ini merupakan ciri yang sukar didapati di kawasan perumahan awam.



Unit loft di Punggol yang dijual pada $970,000 itu seluas 147 meter persegi dan mempunyai baki 89 tahun pajakan daripada 99 tahun.



Terdapat hanya 14 unit loft di Treelodge @ Punggol, yang dilancarkan sebagai projek Bina Ikut Tempahan (BTO) pada 2007 dan merupakan kawasan perumahan awam pertama yang berciri mesra eko.



Sebuah projek BTO yang dilancar pada 2008, Punggol Saphire, mempunyai 23 unit loft.



Sebanyak 26 unit loft terletak di estet matang Queenstown di projek BTO SkyTerrace @ Dawson, di mana pemilik rumah telah melengkapkan tempoh penginapan minimum (MOP) tahun lalu.



Bulan lalu, sebuah unit lima bilik seluas 122 meter di pembangunan tersebut dijual pada harga $1.328 juta.



Unit itu, yang terletak di tingkat -42 dan 43, mempunyai pemandangan rumah bungalow di Tanglin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >