Flat pertama di Bandar Tengah dilancar November, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:39
Syuruk
6:55
Zuhur
1:00
Asar
3:59
Maghrib
7:02
Isyak
8:11
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Flat pertama di Bandar Tengah dilancar November

Sep 04, 2018 | 09:16 AM

Flat HDB pertama di estet perumahan Tengah - bandar hutan dan ladang pertama di Singapura - bakal ditawarkan kepada pembeli November ini.

Sejumlah 1,500 unit flat Bina Ikut Tempahan (BTO) bakal ditawarkan di Daerah Plantation, yang akan disepadukan dengan ladang buah-buahan berukuran 700 meter x 40 meter, tempat pejalan kaki lebih luas yang dikongsi dengan pengguna basikal, serta ruang dikongsi lain yang menggalak hidup bermasyarakat, kata HDB dalam kenyataannya. 

Estet perumahan ini juga dilengkapkan dengan ciri-ciri mesra alam seperti tempat caj kereta elektrik khas, kolong blok yang dipenuhi tanaman nun hijau dan ada peruntukan untuk mengadakan khidmat bas pandu sendiri atau ‘autonomous shuttle’ di masa depan, sesuatu inisiatif yang diharap menggalak gaya hidup yang tidak bergantung kepada kereta peribadi.

Di rumah, penduduk Daerah Plantation boleh menjangka ciri-ciri Negara Bijak seperti pencahayaan bijak yang berubah mengikut keadaan, sistem pembuangan sampah pneumatik dan sistem menadah air air hujan yang menjimatkan air dan tenaga.

Pertama kali diumumkan pada 2016, Bandar Tengah, yang dijangka boleh menempatkan 42,000 penduduk, adalah percubaan Singapura untuk membina estet perumahan yang bukan sahaja mesra alam dan berdaya tahan, malah menyokong usaha negara membina Negara Bijak.

Halal Home Based Business
SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

Ms Lid's Packed Bento

Set bento untuk sumbangan atau delivery ke rumah

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map