Subuh
5:48
Syuruk
7:05
Zuhur
1:10
Asar
4:16
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Flat sewa sementara kian kurang diperlukan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Flat sewa sementara kian kurang diperlukan

NUR ADILAH MAHBOB
Nov 09, 2014 | 07:28 PM

KELUARGA yang dibelenggu masalah perumahan akan terus dibantu Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) menerusi skim flat sewa sementara (IRH) walaupun permintaan baginya kian berkurangan sejak beberapa tahun ini.

Menyatakan demikian, Menteri Negara (Pembangunan Negara merangkap Pertahanan), Dr Mohamad Maliki Osman, berkata skim itu telah membantu mengelakkan keluarga itu daripada perlu tinggal tepi pantai, misalnya.

Memberi perkembangan mengenai bantuan kepada keluarga sedemikian, Dr Maliki memberi contoh Projek 4650 yang telah menempatkan seramai 360 keluarga di Blok 46 dan 50 Bedok South Avenue 3 dari Februari tahun lalu hingga September lepas.

Namun, bilangannya semakin berkurangan meskipun ia berubah-ubah kerana ada keluarga yang masuk dan ada yang keluar, kata Dr Maliki.

Sehingga 31 Ogos tahun ini, dua blok yang diperuntuk HDB sebagai IRH itu menempatkan seramai 317 keluarga.

Skim IRH berbeza daripada Skim Sewa Awam. Di bawah IRH, biasanya dua keluarga ditempatkan dalam satu unit dan mereka membayar kadar sewa yang lebih rendah.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3