Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

FOKUS BERITA

Faishal: Silat bukan setakat sukan tapi warisan perlu dipelihara

Aug 01, 2022 | 05:30 AM



SILAT bukan sekadar sebuah sukan tetapi ia sesuatu warisan yang perlu dipelihara masyarakat Melayu supaya ia tidak akan pupus dek masa dan boleh diwariskan kepada generasi akan datang, menurut Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, semalam.



Sedang beliau meluahkan kebanggaan di atas pencapaian atlet silat yang mengharumkan nama negara di Kejohanan Pencak Silat Dunia tahun ini yang berlangsung di Melaka, beliau turut melahirkan kegembiraan melihat usaha diterajui masyarakat seperti Festival dan Pameran Warisan Silat yang diadakan di Anjung @ Wisma Geylang Serai (WGS) sepanjang hujung minggu lalu.



Anjuran Jabatan Jalur Budaya WGS bersama Puncak Bawean Dheun, acara itu menyaksikan lebih 200 pesilat menunjukkan kemahiran mereka. Malah, pendekar Johor yang tersohor turut diundang.



Menerusi perkongsian tradisi dan budaya silat, pengunjung dapat mempelajari tentang bermacam-macam jenis silat - Bawean, Bugis, Jawa dan Melayu.



"Silat menggunakan teknik mempertahankan diri yang melibatkan semangat mental dan merangkumi komponen yang merentasi disiplin seni dan budaya, pertahanan diri dan sukan," ujarnya sambil menambah bahawa nilai yang diajar seni silat membawa kesan yang positif dalam pembangunan diri seseorang.



Jika kelmarin pengunjung dapat menyaksikan antaranya persembahan gendang silat, aksi pedang, aksi seni gayung dan menghadiri bengkel-bengkel, pengunjung yang datang semalam dapat melihat perkongsian dan pertunjukan silat tradisi, serta tarian Tualang Tiga, kata Dr Faishal.



Antara yang hadir semalam ialah Cik Liyani Ramlan, 38 tahun, bersama suami dan empat anaknya berusia antara empat tahun dengan 10 tahun.



Beliau membawa anak-anaknya untuk menonton persembahan daripada kumpulan silat berbeza kerana mendapat tahu pesilat dari Johor juga 'turun padang'.



"Penting untuk mengajar anak kita tentang seni kerana kanak-kanak zaman ini tidak berapa kenal seni dan budaya. Silat adalah seni, dan kalau kita tidak memupuknya ke dalam diri mereka, ia akan pupus," ujar suri rumah itu.



Festival dan Pameran Warisan Silat yang berakhir semalam merupakan acara kemuncak yang menggulung perayaan bagi pembukaan rasmi Anjung@WGS - ruang masyarakat baru di Geylang Serai - yang berlangsung selama sebulan.



Antara acara yang diadakan di Anjung @ WGS sebelum itu adalah latihan dan perlawanan persahabatan futsal, serta persaingan sepak takraw.



Satu karnival dan fiesta makanan turut dianjurkan, selain acara perayaan kebudayaan, 'Rasa Singapura'.



Cik Liyani juga mengalu-alu agar orang ramai memberi sokongan kepada program-program yang bakal diadakan di Anjung @ WGS.



"Dengan adanya Anjung@WGS, kita dapat meluaskan pendekatan kita kepada pelbagai lapisan masyarakat dan juga pelbagai aktiviti yang boleh dilakarkan. Ia meluaskan WGS dengan satu lagi kemudahan bagi masyarakat kita dan juga bagaimana selama empat minggu ini kita telah mendekati pelbagai golongan, dari segi mereka yang bersukan, mereka yang memerlukan wadah budaya dan kesenian seperti pencak silat...dan bagaimana kita boleh meneruskan usaha untuk mendakati masyarakat di Geylang Serai.



"Saya gembira dengan adanya Anjung @WGS, kita dapat menitikberatkan dan memikirkan aspek-aspek kepelbagaian masyarakat Melayu di Singapura bersama masyarakat berbilang bangsa dalam kita membangunkan negara kita," tambahnya.




"Silat menggunakan teknik mempertahankan diri yang melibatkan semangat mental dan merangkumi komponen yang merentasi disiplin seni dan budaya, pertahanan diri dan sukan.''



- Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim,




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >