Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Foodpanda tetapkan S'pura sebagai ibu pejabat serantau, tampung 1,200 kakitangan

Jul 21, 2022 | 05:30 AM



KHIDMAT penghantaran makanan foodpanda telah menetapkan Singapura sebagai ibu pejabat serantaunya, dengan pejabatnya di sini menampung seramai 1,200 kakitangan merentasi operasi tempatan dan serantau, serta hab teknologi globalnya.



Semasa pelancaran khidmat tersebut semalam, syarikat itu juga mengumumkan Akademi Teknologi foodpanda, PowerUp!, untuk meningkatkan kemahiran bakat teknologi tempatan dan penghantar makanan, serta membantu peniaga mendigitalkan perniagannya.



Ia akan menjalankan program untuk bakat teknologi dengan kerjasama pemerintah dan institusi pengajian tinggi.



Foodpanda juga telah menandatangani Memorandum Persefahaman dengan Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapura (SUTD), yang memberi tumpuan kepada pembangunan bakat, penyelidikan dan inovasi.



Akademi itu juga akan menawarkan kursus bagi penghantar makanan gig dan daya usaha untuk membantu peniaga menggunakan peralatan digital.



Semalam, foodpanda turut melantik pengarah urusan baru Singapura, Encik Lawrence Wen, yang mempunyai pengalaman lebih daripada 15 tahun dalam sektor makanan dan minuman, teknologi, perundingan dan perkhidmatan kewangan.



Bekas pengarah urusan Singapura, Encik Luc Andreani, mengetuai operasi Jepun foodpanda sejak Jun 2021, menurut profil LinkedInnya.



Dimiliki oleh syarikat Jerman, Delivery Hero, foodpanda kali pertama dilancarkan di Singapura pada 2012.



Syarikat tersebut telah menggunakan negara kota itu sebagai tempat ujian bagi pandamart, rangkaian kedai penghantaran sahaja, serta pandago, perkhidmatan penghantaran hingga ke rumah.



Foodpanda dan Delivery Hero Ventures, cabang pelaburan induk foodpanda, telah melabur lebih daripada $120 juta dalam syarikat permulaan Singapura, Flash Coffee, Toku dan Omnistream.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >