Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Forum antarabangsa galak keharmonian, bersatu padu akan diadakan lagi

Dec 06, 2020 | 05:30 AM



EDISI kedua forum berperingkat tinggi untuk menggalak keharmonian dan semangat bersatu padu akan dianjurkan Singapura lagi dalam masa dua tahun akan datang, umum Presiden Halimah Yacob, semalam.



Persidangan Antarabangsa Mengenai Masyarakat Bersatu Padu (ICCS) yang akan datang itu bakal memberi tumpuan kepada menghimpunkan amalan terbaik selain menyokong peserta dengan bahan dan rangkaian memperkukuh perpaduan sosial, kata Puan Halimah yang memperkenal idea forum antara agama, yang diadakan buat pertama kalinya tahun lalu di Singapura.



"Kami mahu terus menggunakan platform ini unuk menyatukan pemimpin agama dan masyarakat dari serata dunia, serta pengamal dan penggubal dasar untuk memupuk perbincangan bagi membina masyarakat lebih kukuh dan kohesif," kata Puan Halimah.



Beliau menambah persidangan kali pertama itu telah dihadiri hampir 1,000 wakil dari hampir 40 negara, telah menawarkan peluang bagi pelbagai perspektif untuk didengar dan dikongsi selain menjalin rankaian rentas masyarakat.



"Kekuatan daripada kepelbagaian hanya dapat berkembang daripada dialog dan saling memahami," kata Puan Halimah.



Beliau telah berucap semasa acara Mission: Unite Hackathon yang diadakan secara hibrid di Teater Pusat Drama.



"Hackathon hari ini diadakan tepat pada masanya dalam menyatukan para belia untuk membincangkan idea dan membangunkan projek masyarakat, demi memupuk keharmonian sosial dan memperkukuh hubungan sebagai satu masyarakat," kata Puan Halimah lagi.



Lebih 200 peserta menyertai hackathon kali pertama itu yang bertujuan menyokong projek membangunkan masyarakat bagi mewujudkan kesedaran dan pemahaman serta menjalin hubungan dan interaksi dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa dan agama.



Dianjurkan Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) dari 27 November hingga 5 Disember, ia telah bekerjasama dengan agensi dan persatuan masyarakat lain seperti Majlis Belia Nasional, *Scape, OnePeople.SG, Pertubuhan Antara Agama, Pusat Keharmonian, Roses of Peace, Yayasan Antarabangsa Singapura dan syarikat teknologi.



Di peringkat akhir, 10 kumpulan telah dipilih untuk bersaing untuk merebut geran projek keseluruhan bernilai sehingga $300,000 untuk melaksanakan projek mereka.



Setiap kumpulan kemudian perlu membentangkan idea mereka di hadapan panel juri yang merupakan wakil kanan daripada masyarakat awam termasuk Cik Rahayu Mahzam, Timbalan Pengerusi Reach, yang juga Setiausaha Parlimen (Kesihatan).



Antara peserta yang mengambil bahagian ialah Cik 'Asyura Iklil Iman, 20 tahun, dari kumpulan Candour.



Beliau bersama dua lagi anggota - Encik Au Yeong Wei Bin dan Encik Darren Kang - telah menghasilkan satu platform dipanggil 'Ready or Not' yang merupakan sebuah laman web di mana forum disediakan untuk membolehkan masyarakat tidak kira bangsa dan agama berbincang tentang pengalaman seharian mereka tanpa dikhuatiri tekanan sosial dan undang-undang.



"Daripada satu tinjauan rambang yang kami jalankan ke atas orang muda berusia antara 19 dengan 25 tahun, kami dapati mereka takut untuk membincangkan isu berkenaan bangsa dan agama ekoran tekanan masyarakat.



"Justeru menerusi forum ini kami mahu mewujudkan satu ruang selamat bagi perbualan dijalankan dengan kehadiran para pakar juga bagi memberi pandangan mereka berhubung sesuatu perkara," katanya.



Kumpulannya telah menerima geran sehingga $30,000 untuk merealisasikan idea mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >