Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Forum bincang, kupas isu penting jejas sektor maritim negara

CHAIRUL FAHMY HUSSAINI
Oct 22, 2015 | 12:34 PM



SEKITAR 200 peserta telah menghadiri Forum anjuran Institut Kelautan Singapura (SMI) hari ini, yang membincangkan tentang keadaan semasa dan cabaran masa depan berkaitan pengembangan dan pembangunan (R&D) bagi perusahaan lepas pantai dan maritim di Singapura.


Mereka yang hadir adalah karyawan, ahli akademik dan wakil agensi pemerintah dalam forum tahunan ke-5 bertemakan 'R&D Kelautan & Lepas Pantai di Singapura - 2016 dan Seterusnya' itu.


Dalam kenyataan media hari ini, Penguasa Kelautan dan Pelabuhan (MPA) berkata, sektor maritim merupakan penyumbang ketara kepada ekonomi Singapura, menyediakan 170,000 pekerjaan dan membentuk 7 peratus Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) negara.


"R&D adalah tunggak penting dalam menyokong daya saing Singapura dalam kelautan antarabangsa dan lepas pantai dan hab pelabuhan sedunia.


"Selain daripada mencapai hasil pengeluaran lebih baik, penerobosan dalam penyelidikan dan teknologi akan lebih menyumbang dalam mengukuhkan kedudukan Singapura sebagai Pusat Kelautan dan Lepas Pantai," menurut MPA dalam kenyataannya.


Wawasan MPA adalah untuk membangunkan Pelabuhan Generasi Seterusnya untuk Singapura demi menikmati pertumbuhan berterusan menerusi hurai teknologi yang inovatif.


"Sekitaran perniagaan kelautan sedunia hari ini dan pembangunan hari muka di seluruh dunia adalah cabaran utama yang dihadapi pelabuhan, pusat kelautan dan perusahaan maritim di seluruh dunia.


"Hab pelabuhan utama dan pusat maritim antarabangsa perlu mencari huraian dan sistem baru untuk kekal dalam persaingan," kata MPA lagi.


Pelabuhan Singapura adalah pelabuhan paling sibuk di dunia dari segi muatan perkapalan, juga sebuah pelabuhan utama bagi pengisian minyak dan pelabuhan pemindahan kontena terbesar di dunia.


Singapura juga adalah pusat maritim antarabangsa utama dunia.


Ketua Eksekutif MPA, Encik Andrew Tan, dalam perkongsiannya semasa berucap di forum tersebut berkata, bagi menjadikan pelabuhan Singapura sebagai pelabuhan untuk generasi seterusnya, ia perlu memanfaatkan teknologi bijak dan penyepaduan lebih baik di Terminal Tuas yang baru.


Ini termasuk mengadakan konsep baru untuk mewujudkan lebih banyak ruang bagi memanfaatkan sepenuhnya keluasan tanah serta laluan lebih baik untuk orang awam, keberkesanan logistik, dan pembangunan yang berkekalan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >