GOLONGAN individu yang layak menjadi calon Presiden tidak harus dihadkan agar lebih ramai orang berkelayakan boleh diberi peluang bertanding dalam Pilihan Raya Presiden.
Demikian menurut mantan calon Pilihan Raya Presiden 2011, Encik Tan Jee Say (gambar), ketika diminta mengulas tentang usaha menyemak aspek tertentu sistem Presiden Dipilih.