Subuh
5:31
Syuruk
6:54
Zuhur
12:57
Asar
4:20
Maghrib
6:57
Isyak
8:11
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Setempat
27
0

Forum kongsi maklumat penderaan seksual kanak–kanak dianjurkan

Jul 11, 2023 | 07:11 PM



Pasukan Polis Singapura (SPF) telah bekerjasama dengan Siasatan Keselamatan Dalam Negeri (HSI) Amerika Syarikat untuk menganjurkan sebuah forum mengenai jenayah terhadap kanak–kanak.

Forum itu, yang dianjurkan buat julung–julung kali, diadakan di Singapura dan berlangsung dari 11 hingga 13 Julai 2023.

Ia merangkumi topik seperti penyiasatan dalam talian dan teknik temu bual kanak–kanak yang menjadi mangsa penderaan seksual.

Majlis perasmian diadakan di Kompleks Cantonment Polis, diserikan oleh tetamu terhormat Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Cik Sun Xueling, dan Duta Amerika Syarikat ke Singapura, Encik Jonathan Kaplan.

Sekitar 150 wakil termasuk pakar, penyiasat dan ahli pertubuhan bukan pemerintah (NGO) dari Singapura, Amerika Syarikat dan sembilan negara Asia Tenggara lain menghadiri forum tersebut.

Semasa ucapannya, Cik Sun berkata jenayah terhadap kanak–kanak adalah kebimbangan bukan sahaja di Singapura, tetapi juga di negara lain.

“Menurut Laporan Dana Kecemasan Kanak Kanak Antarabangsa Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (Unicef) pada 2020, satu daripada lima kanak–kanak perempuan dan satu daripada 13 kanak-kanak lelaki didera secara seksual di seluruh dunia sebelum mencapai umur 18 tahun. Ini amat membimbangkan.

“Bahan Penderaan Seksual Kanak-Kanak (CSAM) telah meningkat secara drastik, dengan Internet dan teknologi memudahkan pengeluaran dan perkongsian bahan sedemikian secara global.

“Ini adalah sesuatu yang perlu diberi perhatian oleh semua negara, kerana pelaku mungkin beroperasi dalam sempadan domestik, tetapi mengedarkan CSAM dalam talian,” kata Cik Sun.

Beliau kemudian berkongsi bagaimana Singapura telah mengemas kini Akta Kanak–Kanak dan Orang Muda, serta Kanun Keseksaan untuk mengukuhkan perlindungan kanak–kanak daripada eksploitasi dan penderaan seksual.

Di samping itu, Singapura juga telah meluluskan undang–undang baru minggu lalu, kata Cik Sun, untuk menangani kandungan dalam talian yang digunakan untuk melakukan penipuan dan kegiatan siber lain yang berniat jahat.

“Akta Bahaya Jenayah Dalam Talian (OCHA) memberi kuasa kepada agensi penguatkuasaan undang–undang untuk memadam dan menyekat akaun atau perkhidmatan dalam talian yang disyaki digunakan untuk kegiatan jenayah,” jelasnya.

Cik Sun juga berkata Singapura telah menyegarkan kempen pendidikan awam ‘Break the Silence’ pada 2021 untuk meningkatkan kesedaran tentang pelbagai jenis penderaan.


Kempen itu memperkenalkan cara ringkas bagi mangsa penderaan untuk meminta bantuan melalui isyarat tangan.

Isyarat tangan tersebut dilakukan dengan menunjukkan tapak tangan dengan ibu jari yang dilipat dan kemudian melipat empat jari lain.

“Dengan usaha kolektif pemerintah, pertubuhan antarabangsa, sektor swasta, dan masyarakat, kita boleh mencapai kejayaan dalam melindungi anak-anak kita daripada penderaan seksual,” tambah Cik Sun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >