Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Forum kupas hubungan kaum di S'pura

Aug 06, 2021 | 05:30 AM



SETIAP rakyat, baik daripada masyarakat majoriti mahupun minoriti, mempunyai peranan untuk terus mempertingkat hubungan antara kaum dan membina keharmonian kaum di sini.



Oleh itu, setiap individu harus berusaha mengambil langkah pertama untuk saling mengenali masyarakat berbeza dengan mendalam.



Demikian menurut satu panel yang merangkumi pemimpin belia di 'Forum Majulah: Regardless of Race' anjuran Berita Harian (BH) dan Tamil Murasu (TM) semalam.



Ia turut disokong akhbar The Business Times (BT).



Forum itu disertai pengarah pelaburan di sebuah syarikat teknologi dan pemimpin akar umbi, Encik Cho Weihao; Presiden Kelab Mendaki, Cik Faridah Saad serta bakal presiden Persatuan Sastera Tamil Universiti Teknologi Nanyang (NTU) dan relawan Kelab Belia Persatuan Pembangunan Masyarakat India Singapura (Sinda), Cik Kumar Mridula sebagai panelis.



Moderator perbincangan itu ialah koresponden BH Shahida Sarhid dan wartawan TM Irshath Mohamed.



Forum tersebut membincangkan hubungan kaum antara masyarakat berbilang bangsa di negara ini sedang Singapura menyambut ulang tahunnya yang ke-56 Isnin nanti.



'Forum Majulah: Regardless of Race' akan disiarkan di laman Facebook BH dan TM pada Isnin, 9 Ogos, 8.30 malam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >