Subuh
5:36
Syuruk
6:52
Zuhur
12:56
Asar
4:02
Maghrib
6:58
Isyak
8:07
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Forum Pemimpin Masyarakat sokong 225 program dalam 3 tahun

May 26, 2021 | 05:30 AM

SEBANYAK 225 program di bawah inisiatif Forum Pemimpin Masyarakat (CLF), telah dilaksanakan oleh 92 pihak termasuk pertubuhan Melayu/Islam, dalam tempoh tiga tahun lalu untuk mengatasi pelbagai isu yang dihadapi masyarakat.

Setiap tahun, sekitar $2.6 juta diperuntuk untuk membiayai pelbagai kegiatan seperti pembangunan belia, sokongan untuk perniagaan di rumah, serta pemadanan kerja untuk banduan.

Demikian menurut Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Mendaki, Cik Zuraidah Abdullah, yang memberi perkembangan tentang CLF, wadah yang ditubuhkan pada 2003 itu untuk menggembleng tenaga pelbagai pihak termasuk badan Melayu/Islam (MMO) bagi mempertingkat kehidupan masyarakat.

Yayasan Mendaki merupakan sekretariat CLF yang antara lain mentadbir dana bagi program CLF.

SELARIKAN CLF DENGAN M3

Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, mengumumkan Jumaat lalu MMO akan menerima suntikan dana bagi projek yang selari dengan bidang tumpuan M Kuasa Tiga (M³).

M3 merupakan kerjasama antara tiga institusi masyarakat - Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Yayasan Mendaki dan Majlis Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra).

Rangka kerja M3 ini pula diperkenalkan pada 2018 untuk memperhalusi penyampaian khidmat kepada masyarakat, dan menggalakkan individu untuk tampil menjadi sukarelawan.

Bidang tumpuan di bawah M3 termasuk perkahwinan, keibubapaan dan pembangunan awal kanak-kanak; individu dan keluarga rentan; bimbingan belia; serta pekerjaan dan daya kerja.

Cik Zuraidah berkata banyak MMO kini sudah pun mengendali program yang mengatasi bidang tumpuan M3.

"Dari 2018 hingga 2020, sebanyak 217 daripada 225 program yang dilaksanakan 92 rakan CLF termasuk AMP, PPIS dan 4PM dirancang untuk mengatasi isu masyarakat dan memberi manfaat kepada masyarakat.

"Program ini menerima dana daripada CLF, dengan sekitar $2.6 juta diperuntuk setiap tahun untuk menyokong program sedemikian," kata Cik Zuraidah, sambil menggalakkan MMO untuk memanfaatkan pendanaan tersebut.

Mendaki juga baru-baru ini menyemak proses permohonan bagi CLF, untuk membuatnya lebih mudah dan kemas, termasuk memendekkan jangka masa permohonan, daripada 12 minggu ke 4 minggu.

Ini akan memberikan MMO lebih banyak waktu untuk melaksanakan program-program mereka, kata Encik Masagos dalam ucapannya sebelum ini.

Presiden Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS), Cik Hazlina Abdul Halim, berkata dana CLF itu akan membantu PPIS dalam usahanya mempertingkat kehidupan wanita Islam dan membina keluarga berdaya tahan.

"PPIS berdedikasi dalam usahanya bekerjasama dengan wanita semua usia yang memainkan pelbagai peranan dalam masyarkat, dan ini termasuk menyokong bekas pesalah yang menjalani proses penyepaduan semula dalam masyarakat menerusi rumah peralihan baru kami," kata Cik Hazlina.

PERKUKUH KEPIMPINAN MUDA

Jumaat lalu, Encik Masagos juga telah mengumumkan pembentukan program baru, Tunas Bersama M³ yang bertujuan memperkukuh pembangunan kepimpinan lapisan muda dalam MMO.

Program itu akan disokong oleh Mendaki melalui CLF.

Anggota Tunas Bersama M³ akan meraih manfaat daripada pelbagai program supaya dapat memupuk hubungan yang erat dalam masyarakat apabila mereka menerajui MMO dan persatuan masing-masing pada masa depan.

Mereka akan berpeluang dilatih dalam bidang urus tadbir dan kepimpinan, serta menghadiri sesi bertukar-tukar fikiran bersama pemimpin Pemerintah "supaya lebih peka tentang isu-isu semasa dan konteks di sebalik dasar-dasar yang telah menyumbang kepada pembangunan Singapura", kata Encik Masagos.

Mengulas tentang program itu, Presiden Pertapis, Encik Hussaini Abdullah, berkata pihaknya mengalu-alukan usaha "memperkasakan lagi pimpinan muda yang bakal mengorak langkah sebagai pemimpin masa depan.

"Ini akan memberi mereka semangat dan rangsangan dalam aturcara pentadbiran selaras dengan hasrat Singapura ke arah "negara bijak," katanya.


FORUM PEMIMPIN MASYARAKAT (CLF)

SEJARAH CLF

  • CLF ditubuhkan pada 2003, susuli siri perbincangan antara Anggota Parlimen Melayu, rakan masyarakat dan aktivis mengenai wawasan masyarakat cemerlang.
  • Gembleng tenaga pihak dalam sektor sukarela Melayu/Islam untuk atasi isu, dekati masyarakat dan bina upaya bantu masyarakat.

PENDANAAN CLF

  • Program CLF dibiayai Dana Pembangunan Masyarakat Melayu/Islam (MMCDF), ditubuhkan pada 1991 untuk sokong program yang dukung objektif Yayasan Mendaki dan bantu pertingkat masyarakat.
  • Sebagai sekretariat CLF, Mendaki tadbir MMCDF. Agihan MMCDF perlu diluluskan Jawatankuasa MMCDF.
  • Selain mentadbir dana, Sekretariat CLF urus usaha mendekati dan bangun upaya pihak kepentingan, serta penilaian program.

PERMOHONAN

  • Permohonan bagi dana CLF untuk program yang bakal dilaksana 2022 akan dibuka dari 1 hingga 15 Jun ini.
  • Badan Melayu/Islam yang berminat boleh kunjungi www.clfprojects.org.sg untuk hantar permohonan mereka.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3