Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Forum tingkat kesedaran tentang penjagaan ginjal di Masjid Darul Makmur

Mar 09, 2019 | 05:30 AM



MASJID Darul Makmur telah mengambil inisiatif dengan menganjurkan satu program kesihatan yang mendapat kerjasama daripada Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) dan Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB).



Pelbagai kegiatan yang diadakan bersempena program yang dikenali sebagai 'Jomm! Sihat' seperti forum kesihatan di masjid itu.



Kerjasama itu merupakan salah satu usaha pihak NKF untuk mendekati masyarakat Melayu/Muslim melalui kerjasama dengan pihak masjid.



Ceramah kesihatan bertajuk 'Jom Kenali Ginjal Anda' itu diadakan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap penyakit ginjal yang sering dialami warga termasuk orang Melayu di sini.



Sesuai dengan itu, program itu juga menjadi tanda sokongan kepada Hari Ginjal Sedunia daripada pihak masjid dan pihak NKF.



Ceramah yang dihadiri oleh 35 peserta itu juga bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat tentang pengurusan dan cara untuk mencegah penyakit ginjal.



Ceramah mengenai kesihatan ini disampaikan oleh Pengurus Kanan Jururawat NKF, Encik Adzhari Boimin.



Beliau menjelaskan tentang faktor yang menjejas dan merosakkan ginjal seseorang.



Dalam sesi forum itu, peserta diajar untuk memahami tentang fungsi ginjal dalam badan kita.



Peserta juga didedahkan tentang gejala dan penyebab penyakit masalah ginjal selain diadakan satu sesi perkongsian pencegahan.



Di akhir perbincangan tersebut, Encik Adzhari memberi ruang kepada seorang pesakit ginjal untuk berkongsi cerita serta pengalaman dalam mengharungi kesakitan yang dialaminya. Peserta itu ialah Encik Nizam Dorah, 47 tahun.



"Tujuan utama adalah untuk menyebarkan tentang kepekaan dan kesedaran mengenai penyakit ini dan cara untuk mengatasinya.



"Saya ada kongsikan mengenai bagaimana kita boleh terkena penyakit ini melalui cara pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat sekali gus memberi implikasi kepada hidup seseorang.



"Terdapat juga gambar-gambar pesakit terdahulu yang dikongsikan bersama untuk menimbulkan kesedaran tentang bahayanya penyakit yang melibatkan kencing manis atau darah tinggi," terang Encik Adzhari.



Seorang peserta, Cik Juariah Jurimi, 60 tahun, berkata:



"Program ini banyak memberi maklumat berguna dan interaktif.



"Peserta dilihat banyak bertanyakan soalan dan memberi respons yang sangat positif.



"Saya juga dapat menimba ilmu pengetahuan yang lebih terperinci kerana banyak soalan berkaitan kencing manis yang diajukan. Jadi, saya lebih peka tentang keadaan penyakit ini."



Pengurus Strategik Masjid Darul Makmur, Ustaz Ruhaizan Abdullah, berkata pihaknya juga mahu mendekati masyarakat bukan sahaja untuk tujuan keagamaan bahkan juga bagi tujuan kesihatan.



"Kita perlu mengamalkan gaya hidup yang sihat sesuai dengan salah satu dari Maqasid Syariah, iaitu menjaga dan memelihara jiwa (nyawa) serta tubuh badan manusia," ujar Ustaz Ruhaizan.



Menurut beliau, pihak masjid terpanggil untuk menganjurkan program ini untuk memberi kesedaran serta menyampaikan mesej dalam menjaga kesihatan terutamanya kesihatan ginjal.



Selain acara ceramah, satu pemeriksaan kesihatan telah diadakan di masjid itu secara percuma.



Pada 30 Mac ini pula, dua lagi acara penutup program iaitu forum kesihatan dan demonstrasi masakan akan dijalankan di masjid tersebut.



Forum yang diberi tajuk 'Ehh.. Kita kan dah cukup MANIS!' itu akan diketuai oleh Dr. Elly Sabrina Ismail.



Beliau akan berkongsi pandangan dan membincangkan isu-isu kesihatan berkenaan kencing manis.



Pada akhir sesi, Dr Elly akan mengajar tiga cara senaman ringan yang boleh diamalkan di rumah nanti.



Selepas forum tersebut, satu demostrasi masakan dikendalikan oleh pakar daripada pihak HPB.



Peserta berpeluang mempelajari cara-cara untuk menyediakan sajian-sajian yang lebih sihat.




"Program ini banyak memberi maklumat berguna dan interaktif.



Peserta dilihat banyak bertanyakan soalan dan memberi respons yang sangat positif.



Saya juga dapat menimba ilmu pengetahuan yang lebih terperinci kerana banyak soalan berkaitan kencing manis yang diajukan. Jadi, saya lebih peka tentang keadaan penyakit ini."
- Peserta, Cik Juariah Jurimi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >