Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Foto baru tebusan rakyat Jepun meminta tolong tersiar di Internet

May 30, 2016 | 02:19 PM



PEMERINTAH Jepun berkata hari ini (30 Mei) bahawa ia sedang melakukan apa yang termampu untuk memastikan kebebasan seorang wartawan Jepun yang menjadi tebusan sekutu Al-Qaeda di Syria, selepas sebuah foto lelaki itu disiarkan di internet.



Gambar tersebut, yang dimuat naik ke Internet lewat hari Ahad, menunjukkan seorang lelaki berjanggut berpakaian warna oren memegang tanda tulisan tangan dalam bahasa Jepun.



"Tolong saya. Ini peluang terakhir saya," menurut tanda itu, yang ditulis dan ditandatangani oleh "Jumpei Yasuda".



Nasib Encik Yasuda mendapat perhatian pada bulan Mac, apabila sebuah video yang menunjukkan beliau membaca mesej kepada negara dan keluarganya disiarkan.



Media Jepun berkata beliau ditangkap oleh kumpulan yang dipanggil Nusra Front selepas memasuki Syria dari Turki Jun lalu.



Menteri Luar Negara Fumio Kishida berkata bahawa pemerintah sedang menganalisa gambar baru itu dan mempercayai bahawa ia adalah gambar Encik Yasuda, manakala Jurucakap Ketua Kabinet Encik Yoshihide Suga berkata pemerintah sedang melakukan apa yang temampu.



"Memastikan keselamatan rakyat Jepun merupakan tanggungjawab kami yang paling penting, kami menggunakan rangkaian maklumat yang luas dan sedang melakukan apa yang termampu untuk bertindak balas," katanya dalam satu sidang akhbar.



Encik Yasuda, seorang wartawan bebas sejak 2003, telah ditahan di Baghdad pada 2004 dan telah dikritik kerana membuat pemerintah Jepun terpaksa melakukan rundingan bagi pembebasannya.



Pada bulan Disember, organisasi kebebasan media, Reporters Without Borders menarik balik dan meminta maaf atas laporan yang telah dikeluarkan yang menyatakan bahawa Encik Yasuda telah diancam untuk dibunuh di Syria.



Pemerintah Jepun berkata bahawa pada masa ini ia masih lagi mencari maklumat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >