SELAMI kehidupan penduduk Kathmandu, Nepal, melalui 28 cerita bergambar yang dipamerkan dalam pameran When The Mountains Called yang berlangsung hingga Ahad ini (gambar).
Gambar seorang kanak-kanak yang tinggal di penjara bersama bapanya kerana tiada ahli keluarga lain dapat menjaganya antara yang dipamerkan dalam pameran di Ion Station di besmen 4, pusat beli-belah Ion Orchard itu.