Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Foto 'perkahwinan solo' bangkit semula semangat cari cinta

Mahu berfikiran positif selepas bekas tunang dikatakan batalkan majlis tiga minggu sebelum naik pelamin
Dec 09, 2020 | 05:30 AM



FOTO-FOTO perkahwinan lazimnya dipetik sebagai kenangan manis dikongsi antara pasangan mempelai di hari istimewa mereka.



Namun, bagi wanita ini, gambar-gambar yang terhasil daripada "sesi foto perkahwinannya" memaparkan mesej yang berbeza.



Bersolek cantik dan menggayakan baju perkahwinan putih bersih, semuanya kelihatan sempurna buat Cik Shasha Ali kecuali kelibat pengantin lelaki dalam gambar-gambar tersebut.



Mungkin kerana jodoh tidak kesampaian, tiga minggu sebelum naik ke jinjang pelamin pada lewat Oktober lalu, bekas tunangnya yang dikenali sebagai R dikatakan membatalkan majlis pernikahan dan perkahwinan mereka.



Bagaimanapun, Cik Shasha mengubah peristiwa yang mendukacitakan itu ke arah yang lebih positif.



Sehari selepas tarikh perkahwinan yang dijadualkan, Cik Shasha mengadakan sesi foto seorang diri.



Foto-foto "perkahwinan" Cik Shasha menawan dan menyentuh hati warga Internet selepas ia tular dikongsi studio fotografi tempatan, Lightview, di media sosial.



Ia kini mendapat lebih 1,500 'like'.



Ketika dihubungi Berita Harian, Cik Shasha berkongsi bahawa beliau memilih untuk meneruskan sesi foto itu kerana ia adalah "penutup yang saya idamkan untuk diri saya sendiri".



"Saya ingin bersikap positif. Saya ingin kembalikan semula sikap positif saya. Saya mahu kuatkan diri saya untuk percaya bahawa cinta dan perkahwinan masih boleh berlaku tetapi dengan kehendak Tuhan," ujar penjawat awam itu.



Cik Shasha, yang juga seorang Penduduk Tetap New Zealand, telah berpindah ke Singapura empat tahun lalu untuk bekerja di sini dan "mendekatkan jarak" bersama pasangan dalam hubungan jarak jauhnya sebelum ini.



Namun, hubungan itu tidak kekal dan mendapati dirinya menggunakan aplikasi 'dating' untuk mencari cinta.



Cik Shasha bertemu R di aplikasi 'dating' Muzmatch lima minggu sebelum beliau sepatutnya kembali ke Wellington, New Zealand untuk bersama ibu bapanya.



Cinta mereka berputik dengan pantas dan selepas tiga pertemuan atau 'date', R bercadang untuk berjumpa ibu bapa masing-masing dan bernikah.



Dalam masa empat minggu, mereka bertunang selepas mendapat restu ibu bapa kededua belah pihak.



Cik Shasha turut menjalin ikatan erat dengan dua anak R daripada perkahwinan sebelumnya.



Namun, harapan Cik Shasha untuk mendirikan rumahtangga musnah apabila beberapa minggu sebelum tarikh pernikahan, R secara mengejut menarik diri.



Cik Shasha berasa kecewa mengenai detik itu dan berkata "tetapi, jodoh itu rahsia Allah".



"Pada ketika itu, dalam fikiran saya, saya benar-benar tidak percaya sebab tanpa diberitahu sebabnya, dia batalkan perkahwinan begitu sahaja.



"Tetapi, dalam masa yang sama, saya juga berserahlah (kepada Tuhan) dan harus menerima hakikatnya... Saya fikir tak ada guna bersedihan untuk jangka panjang," ujar Cik Shasha lagi.



Kesedihan itu digantikan dengan semangat tabah dan kuat yang dipaparkan dalam foto 'perkahwinan' solo beliau.



"Melihat kenangan indah yang dirakam dalam foto-foto ini , saya rasa saya telah capai matlamat saya iaitu untuk teruskan kehidupan positif dan tidak putus asa mencari cinta," kata beliau.



Berikutan foto-fotonya menjadi tular, Cik Shasha turut menerima mesej peribadi daripada golongan wanita yang senasib dengannya.



"Mesej yang saya ingin sampaikan adalah anda tidak perlu laluinya seorang diri dan anda tidak perlu rasa malu jika perkara ini berlaku kepada anda," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >