MATLAMAT Kejohanan Futsal Nasional 2015 anjuran BeritaHarian.sg pada akhir bulan depan selaras dengan matlamat rakan rasmi pertandingan tersebut, Kelab Bola Sepak Frenz United (FUFC), iaitu membangunkan bakat muda dalam sukan bola sepak.
Salah seorang pemilik kelab itu yang berpusat di Malaysia, Encik Basir Maidin, berkata FUFC bersemangat melahirkan bakat dalam dunia bola sepak dan menganjurkan program berteras masyarakat dengan mengiktiraf peranan yang boleh dimainkan sukan itu dalam meningkatkan mutu kehidupan.